suria

Berpuluh tahun digosipkan simpan perasaan terhadap Ziana Zain, Azwan Ali sebak jelaskan hubungan sebenar - “Saya kenal dia dah lama... jangan judge kami”

Azwan dan Ziana tidak dapat menahan air mata daripada mengalir.

PROGRAM Lagu Cinta Kita musim kedua yang berlangsung pada malam, Ahad menyaksikan pengacara Azwan Ali menitiskan air mata ketika bercakap mengenai hubungannya dengan penyanyi Ziana Zain.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA, tidak dapat mengawal perasaan sedih ketika menjawab soalan daripada pengacara Elly Mazlein yang ingin mengetahui sejauh mana hubungan mereka berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa layak ganti Azwan Ali? Peminat mahu ‘Lagu Cinta Kita 2’ kekalkan Diva AA

Menurut Azwan, dia sangat menghormati penyanyi lagu Madah Berhelah sebagai seorang kawan dan memohon agar semua pihak berhenti menghakimi mereka.



Zara Zya turut menjadi tetamu pada malam program tersebut.

"Saya kenal Ziana dah lama. Jangan judge (hakimi) kami dan saya menghormati Ziana sebagai seorang kawan yang begitu lama saya kenal," kata Azwan.

Selain Azwan, Elly dan Ziana, segmen luahan tersebut turut disertai oleh pelakon Zara Zya yang menjadi tetamu dalam program tersebut.

Dalam pada itu, pengacara berusia 54 tahun ini juga memohon maaf kepada ibu bapa Ziana kerana sudah lama tidak bertemu dengan mereka.

Walaupun orang gosipkan kami macam-macam tetapi hubungan saya dengan dia... kita sahabat.

ZIANA ZAIN

PENYANYI

"Saya minta maaf kepada Pak Zain dan Cik Robiah. Lama saya tak jumpa," kata Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali.

Azwan pernah digosipkan menaruh perasaan terhadap Ziana suatu ketika dahulu iaitu sekitar tahun 1990-an, namun cintanya dikatakan hanya bertepuk sebelah tangan.

Sementara itu, Ziana yang turut menangis mendengar luahan Azwan berkata biarpun ramai orang menggosipkan mereka berdua namun hubungan itu hanya sekadar persahabatan sahaja.



Persahabatan antara Azwan dan Ziana sudah terjalin sekian lama.

Menurut kakak kepada penyanyi Anuar Zain ini, dia sentiasa menghubungi Azwan walaupun mereka sudah bertahun tidak berjumpa.

“Orang kalau tak kenal diknon (panggilan manja buat Azwan), mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan kami macam-macam tetapi hubungan saya dengan dia... sahabat.

“Walaupun bertahun saya tak jumpa dia, saya selalu telefon dan bertanya khabar. Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain