Dua minggu sukar tidur dan kesihatan terjejas, DJ Lin dimasukkan ke hospital malam Selasa

DJ Lin akan berehat sepanjang minggu ini di hospital.

SELEPAS hampir dua minggu mengalami masalah kesihatan, penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin akhirnya dimasukkan ke sebuah hospital swasta, Petaling Jaya pada malam, Selasa.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 44, dia mengalami selsema yang teruk dan alahan pada kulit badannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak tak paksa DJ Lin kahwin - “Masa dengan mereka pun tak banyak apa lagi jika ada suami”

Tambahnya, dia turut mengalami demam dan sakit kepala sehingga menyebabkan sukar untuk tidur selama hampir dua minggu.



DJ Lin alami selsema teruk sejak dua minggu lalu.

"Saya ditahan wad kira-kira pukul 11 malam tadi (Selasa) di KPJ Damansara. Sebenarnya hampir dua minggu juga keadaan kesihatan saya tak berapa baik.

"Saya alami selsema yang teruk dan pada masa yang sama kena alahan pada kulit sekejap ada, sekejap hilang merah-merah di seluruh badan.

"Lepas itu dah mula sakit kepala dan badan rasa nak demam serta tak selesa. Dah hampir dua minggu juga saya tak boleh tidur malam itu yang mungkin badan jadi lemah," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, DJ Lin ada memuat naik video dia terlantar sakit di sebuah hospital pada malam, Selasa di Instastory miliknya.

Doktor kata tunggu keputusan akan diketahui pukul 2 petang hari ini.

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Sekitar tahun lalu, DJ Lin beberapa kali dimasukkan ke hospital disebabkan masalah kesihatan dan pernah menjalani pembedahan membuat fibroid iaitu sejenis ketumbuhan di bahagian rahim.

Dalam pada itu, DJ Lin memberitahu dia turut melakukan ujian saringan Covid-19 sebelum ditahan wad dan keputusan akan diketahui pada petang, Rabu.

Bagaimanapun, pemenang Penyampai Radio Popular (ABPBH2017) akan berehat sepanjang minggu ini di hospital tersebut.



DJ perlu lakukan ujian saringan Covid-19 sebelum ditahan wad.

"Setiap pesakit yang kena tahan wad memang diwajibkan untuk ambil ujian saringan Covid-19. Jadi, sebelum masuk wad itu saya dah lakukan swap test tu.

"Doktor kata tunggu keputusan akan diketahui pukul 2 petang hari ini. Selepas itu akan ada beberapa proses pemeriksaan yang doktor akan buat termasuk untuk sinus.

"Buat masa sekarang, saya ditahan wad sehingga hujung minggu ini. Tolong doakan supaya saya cepat sihat ya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain