Raja Afiq titip kata-kata cinta untuk Soffwany, netizen pula rasa ‘sweet’ - “Hanya kita berdua saja tahu macam mana”

Raja Afiq dan isteri berbulan madu di Pulau Langkawi baru-baru ini.

KURANG sebulan mendirikan rumah tangga, pelakon Raja Afiq berkata laluan untuknya dan isteri yang juga seorang anggota polis iaitu Soffwany Yusoff untuk berkahwin tidak semudah seperti yang disangka.

Tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut, Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 26, berkata hanya dia dan isteri yang mengetahui apa yang terpaksa dilalui mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Jarak umur 5 tahun bukan penghalang kebahagiaan Raja Afiq dan Soffwany - “Sejarah saya sebelum ini memang dengan wanita lebih berusia”

Bagaimanapun pelakon yang mula dikenali menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Soffwany kerana sudi menerimanya sebagai suami.

Raja Afiq memuat naik video romantik bersama isterinya.

"Rasa macam tak percaya saja yang kita dah kahwin. Mesti orang lain nampak macam senang saja kan... hanya kita berdua saja yang tahu macam mana.

"Orang tahu bercakap saja tapi tak apalah cakap orang tu semua tak penting... yang penting sekarang ni kita dah halal. Apa pun husband nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima husband yang banyak kekurangan ni.

"Semoga jodoh kita sampai jannah dan cinta kita kekal sampai bila-bila. Satu saja husband nak cakap I love you so much," kata Raja Afiq.

Apa pun husband nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima husband yang banyak kekurangan ini.

RAJA AFIQ

PELAKON

Raja Afiq berkongsi luahan tersebut di Instagram miliknya dan turut memuat naik video koleksi gambar serta rakaman mereka ketika awal perkenalan sehingga berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.

Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada 19 September lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor.

Menerusi laporan mStar pada 20 September lalu, Raja Afiq memberitahu meskipun isterinya berusia lima tahun lebih tua namun dia tidak menganggap ia penghalang untuk mereka mengecapi kebahagian dalam rumah tangga.

Raja Afiq dan Soffwany berkahwin pada 19 September lalu.

Dalam pada itu, Soffwany yang juga penyanyi baharu berasa sebak membaca luahan tersebut dan turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang tidak pernah jemu melayannya.

"Mata tiba-tiba rasa macam masuk habuk. Love you so much husband... terima kasih juga sebab sudi terima kekurangan wife. Tak pernah jemu layan kerenah wife. Sayang husband sangat," tulis Soffwany.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain