Dalam diam-diam, Fendy Bakry selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya - “Saya wajibkan yang perlu dahulu”

Tahniah Fendy bergelar suami dengan sekali lafaz.

PELAKON Fendy Bakry menamatkan zaman bujang dan selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Ayu dalam sebuah majlis sederhana pada malam Ahad.

Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri, 32, yang barkongsi parkara itu di Instagramnya memberitahu acara akad nikah berlangsung di sebuah Dewan di Setia Alam, Shah Alam yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Fendy Bakry kenang kisah hitam bertarung nyawa diserang penyakit misteri... "Aku ingat lagi masa tengah nazak, nyawa aku dah 50-50"

Dalam pada itu, Fendy berkata, dia akan mengadakan majlis resepsi bagi menjemput rakan-rakan artis dan pihak media dalam masa terdekat.

"Alhamdulillah dengan sekali lafaz abang score what! Terima kasih buat adik-beradik semua yang datang ke majlis kecil kami.

"InsyaAllah majlis resepsi akan menyusul kelak. Masa sekarang saya wajibkan yang mana perlu dahulu.

"Jangan risau saya akan jemput media dan kawan-kawan yang selalu sokong abang,"ujarnya.

Fendy melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis sederhana.

Pada majlis tersebut Fendy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3008 beserta lima dulang hantaran, manakala, berbalas tujuh dulang dari pihak perempuan.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Dalam pada itu, Fendy berkata, usia sekarang adalah masa terbaik untuk dia mendirikan rumah tangga.

“Saya mahukan teman Hidup, lagipun saya sudah tiada pembantu peribadi. Sampai masa isteri menguruskan makan pakai.

“Jika terjadi apa-apa isteri boleh uruskan, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain