suria

Umbrella yakin 'Hilang' ulangi fenomena 'Ramalanku Benar Belaka', capai sasaran 100,000 tontonan YouTube

Kumpulan Umbrella kembali dengan single terbaharu berjudul Hilang.

USAHA kumpulan Umbrella untuk membuat kemunculan semula selepas 10 tahun membuahkan hasil selepas muzik video lagu baharu mereka Hilang yang dilancarkan pada Rabu lalu mencapai 100,000 tontonan.

Vokalis kumpulan itu, Zarul berkata, sambutan yang menggalakkan peminat ini membuktikan kemampuan penyanyi era 90-an menangkap jiwa pendengar generasi baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup cuci najis? Zarul kongsi pengalaman kerjaya pramugara... “Jangan sampai menyesal”

"Alhamdulillah, lagu ini diterima baik dan mencapai 100,000 tontonan YouTube selepas tiga hari dilancarkan.

"Ia membuktikan kemampuan artis lama untuk membuat comeback dan saya percaya pertaruhan ini berpotensi mengulangi kejayaan lagu Ramalanku Benar Belaka yang pernah mengangkat nama Umbrella satu ketika dahulu," ujarnya.

Cabaran utama bagi kami untuk bersaing dengan penyanyi baharu dari segi mempromosi lagu di platform digital.

ZARUL

VOKALIS UMBRELLA

Selain Zarul, Umbrella turut terdiri daripada Hafizz, Rizal dan Saiful.

Tambah Zarul, trend promosi lagu masa kini yang lebih cenderung menggunakan platform digital adalah cabaran utama mereka.

"Kita sedar cara promosi kini sudah berbeza ketika zaman kami dahulu. Artis-artis baharu kini lebih bijak menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan lagu-lagu mereka.

"Ia cabaran utama bagi kami untuk bersaing ketika ini dan sejujurnya tidak mungkin dapat menandingi mereka yang lebih berpengaruh di media sosial," ujarnya.



Pertaruhan baharu kumpulan Umbrella dengan single Hilang.

Lagu Hilang merupakan ciptaan komposer Shouk Azis bersama beberapa komposer muda iaitu Bidin Azaifa, Zabbe Zharin dan Riff.

Manakala muzik video berkonsepkan naratif 90-an turut menampilkan pelakon baharu Natasha Elyzza dan pengacara Zulin Aziz.

Sementara itu, tambahnya, kekuatan melodi dan susunan muzik yang menggabungkan elemen 90an dan model bersesuaian dengan halwa telling masyarakat Melayu bukan Sahara di Malaysia, malah di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Lagu Hilang boleh didapati di semua platform digital muzik seperti Spotify, Joo, Apple Music dan Deezer.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Umbrella, single Hilang, artis 90-an

Artikel Lain