suria

Siti Sarah kena maki dengan usahawan wanita, dituduh sengaja tutup periuk nasi orang - “Tapi saya tak sebut nama dia”

Sarah hanya menyuarakan pendapatnya mengenai trend pemasaran.

GARA-GARA meluahkan rasa kesal terhadap trend pemasaran mengaibkan diri demi melariskan produk, penyanyi Siti Sarah Raisuddin menerima mesej berbaur makian daripada seorang usahawan wanita.

Menurut Sarah, 36, biarpun dia tidak menyebut sebarang nama namun wanita tersebut menganggap kenyataan itu seakan-akan ingin menutup pintu rezekinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah naik menyampah peniaga sanggup tayang 'body' lariskan produk - “Tak payah terkinja-kinja pun boleh buat duit banyak!”

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu memberitahu dia hanya menyuarakan pandangannya dan bercakap benar mengenai isu trend pemasaran tersebut.



Sarah berkongsi perkara itu di Instagram.

"Ada usahawan wanita ini DM (mesej langsung) Sarah... makin hamun Sarah. Dia kata Sarah ini nak tutup pintu rezeki dia... nak tutup periuk nasi dia. Tapi Sarah tak sebut nama dia.

"Sekarang ini ceritanya... siapa makan cili dia terasa pedas. Sarah bukan manusia yang sempurna. Sarah masih buat dosa, hari-hari buat dosa.

"Kalau ada yang terasa, Sarah minta maaf. Dalam keadaan macam ini saya harus berkata benar. Kalau satu hari nanti saya disoal, sekurung-kuranya saya dah lakukan sesuatu," kata Sarah menerusi Instagram.

Sanggup ya seorang perempuan mengaibkan perempuan lain untuk mencari rezeki.

SITI SARAH

PENYANYI

Menerusi laporan mStar pada 14 Ogos lalu, Sarah meluahkan rasa kesal dengan trend pemasaran tersebut dan membuat teguran secara terbuka.

Kata Sarah, biarpun bukan seorang Muslim sempurna namun dia tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruah seorang wanita.

Dalam pada itu, Sarah mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk mempromosikan satu produk namun menolak tawaran tersebut kerana ia mengaibkan kaum hawa.

"Ini ada satu cerita, ada brand ni nak minta tolong saya promosikan barang dia. Bila dia DM, saya beri salam dan dia cakap ‘hi’ kepada saya. Dalam hati saya tertanya dia Islam ke?



Sarah tolak tawaran untuk promosikan produk yang menjatuhkan maruah wanita.

"Saya tanya la dia Islam ke dan dia jawab ya. Dekat situ dah nampak macam adab sebagai Iam tak ada. Lepas itu minta promote barang dan saya tak kisah tapi... produk itu agak mengaibkan wanita.

"Bagi gambar yang memalukan dan mengaibnkan wanita. Tak boleh macam ni. Dia bagi lagi gambar, jenis tak faham bahasa. Awak kena faham yang saya beri makan anak-anak.

"Dia perempuan dan akan ada anak. Sanggup ya seorang perempuan mengaibkan perempuan lain untuk mencari rezeki. Saya doakan satu hari awak berubah dan buka pintu hati dapat idea lain untuk cari rezeki," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain