suria

Tahniah! Eyra Hazali, Haziq timang anak lelaki

Eyra dan Haziq timang cahaya mata sulung pada Jumaat.

PELAKON Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata lelaki seberat 3.25kg di KPJ Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada pukul 2.18 petang Jumaat.

Berita itu dikongsikan suaminya penjaga gol JDT Muhammad Haziq Nadzli menerusi Instagram dengan ucapan terima kasih kepada yang mendoakan proses bersalin berjalan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil 7 bulan, Eyra Hazali umum jantina anak - “Ada geng main bola la lepas ni!”

"Alhamdulillah, terima kasih kepada yang mendoakan. Terima kasih, sayang.

"Papa dan mama love you, MHQ," tulis Haziq.



Eyra dan Haziq berkahwin pada November tahun lalu.

Sebelum ini, Eyra atau nama sebenar Hazirah Qasdina Hazali, 21, mengumumkan bakal menimang anak lelaki menerusi sekeping foto baju bayi yang tertulis 'It's a boy'.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana di Masjid As Syakirin, KLCC Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain