suria

Tahniah! Shukri Yahaya selamat timang anak lelaki, lengkap sepasang

Shukri Yahaya berkongsi berita gembira selepas selamat menimang cahaya mata lelaki pada Isnin.

PELAKON Shukri Yahaya melahirkan rasa syukur dan teruja apabila isterinya iaitu Tya Adnan selamat melahirkan anak kedua mereka pada Isnin.

Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 32, berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal timang anak lelaki, Shukri Yahaya dah pilih nama - “Syukur kali ini tak banyak alahan”

"Alhamdulillah, hari ini Isnin 20 Julai pukul 2.18 petang, lahirlah adik lelaki Aaira Ameena.

"Terima kasih kepada uncle dan aunty yang doa untuk kesihatan, keselamatan mommy dan baby yang baru lahir ni.

Shukri bersama isteri dan anak sulung mereka.

"Harap Allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yang mendoakan, amin," tulisnya.

Pelakon itu turut menerima ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakan artis.

"Tahniah, brother. Amin, next saya pula lagi tiga minggu," kata penyanyi Ippo Hafiz.

"Alhamdulillah, bayi lelaki yang sangat comel. Tahniah Shuk dan Tya," komen pelakon Siti Saleha.

Shukri berkahwin dengan Tya pada 20 November 2015.

"Tahniah," tulis pelakon Pekin Ibrahim ringkas.

Menerusi laporan mStar pada 5 Julai lalu, Shukri berkata dia dan isteri sudah mempunyai nama yang sesuai untuk anak kedua mereka namun masih belum sedia untuk berkongsi kepada umum.

Shukri berkahwin dengan Tya pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pasangan itu sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaira Ameena yang kini berusia empat tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Shukri Yahaya, Tya Adnan

Artikel Lain