suria

“Sejujurnya saya masih takut!” - Fauziah Latiff keluar bila perlu, elak gelombang kedua Covid-19

Fauziah Latiff akui masih bimbang dan takut untuk berada ditemoat orang ramai.

MESKIPUN kerajaan sudah memberikan beberapa kelonggaran dan membenarkan orang ramai menjalankan aktiviti harian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), penyanyi Fauziah Latiff berkata dia masih dihantui kebimbangan dan perasaan takut ketika berada di tempat awam.

Fauziah, 49, bagaimanapun berkata, dia akan mengambil langkah berjaga-jaga jika terpaksa keluar rumah untuk menyelesaikan urusan penting,

"Sejujurnya saya masih takut... kalau perlu keluar rumah sekalipun saya akan pastikan penjarakkan sosial dan pakai penutup mulut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak berani nak tutup pintu hati, buatnya ada yang datang nanti” - Fauziah Latiff enggan mengharap cinta baharu

"Sangat bimbang kalau ada yang tak amalkan langkah-langkah pencegahan ini... bukan nak minta tapi kita takut wujudnya gelombang kedua.

"Kalau ini terjadi macam mana pekerjaan kita semua dan banyak lagi perkara akan terkesan. Sekarang ini sudah tiba masa untuk kita sama-sama pikul tanggungjawab mengawal penyebaran virus bahaya itu," katanya kepada mStar.



Fauziah ambil langkah berjaga-jaga jika perlu keluar rumah.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Enggan ini memaklumkan dia bakal mengeluarkan dua buah lagu baharu tidak lama lagi.

Istimewanya, dia akan berduet dengan seorang lagi rakan seperjuangan dalam industri yang sudah dikenali sejak awal-awal pembabitan sebagai penyanyi.

"Sebelum PKP saya sempat rekod dua lagu baharu, InsyaAllah selesai semua kita akan lancarkan. Menariknya saya berduet dengan seorang penyanyi yang sangat saya hormati.



Sepanjang tempoh PKP ini, Fauziah rindu aktiviti tarian dan zumba bersama kawan-kawan.

"Kami dah kenal dari awal-awal menyanyi dulu, berbesar hati dan bersyukur sangat apabila dia bersetuju... memandangkan kami dah lama tak jumpa, peluang bergandingan bersama ini merupakan satu penghargaan.

"Siapa orangnya kenalah tunggu, nanti apabila lagu itu dah dilancarkan, semua akan tahu siapa rakan duet saya itu," ujarnya.

Ditanya mengenai perkembangan filem Mahathir The Journey yang dijangka akan ditayangkan pada Julai depan, Fauziah berkata dia masih belum mengetahui tarikh sebenar tayangan filem itu.

"Tentang filem itu saya tak pasti lagi, sebab PKP ini banyak benda berubah dan ditunda termasuklah tayangan filem, info baharu mengenai filem itu nanti akan dimaklumkan oleh pihak produksi," katanya yang membawakan watak Tun Dr Siti Hasmah dalam filem tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Fauziah Latiff

Artikel Berkaitan

Artikel Lain