suria

Kilafairy tak sangka ada hikmah letak nama kumpulan Whatsapp 'Road To Jannah' - “Alhamdulillah saya sangat bertuah!”

Kilafairy mengenakan hijab atas kerelaan diri dan bersyukur dikurniakan kawan yang sentiasa memberi sokongan.

MEMILIKI sahabat serta teman yang sentiasa menyokong dan saling mendoakan antara satu sama lain merupakan salah satu kurniaan terindah buat penyanyi Kilafairy.

Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 28, berkata dia banyak menerima sokongan daripada teman-teman rapat di group Whatsapp yang diwujudkan mereka sejak dahulu lagi.

Malah, dia mengakui ada hikmah meletakkan nama kumpulan itu 'Road To Jannah'.

ARTIKEL BERKAITAN: Kilafairy sudah berhijab, Neelofa titip doa kekal istiqamah - “Cantik... semoga Allah kuatkan hati dan iman kau”

"Alhamdulillah, saya sangat bertuah... kawan-kawan yang sentiasa mendoakan antara satu sama lain.



Kilafairy bersyukur dikurniakan sahabat yang sentiasa memberi sokongan.

"Rupanya nama group Whatsapp yang kita saja-saja letak 'Road To Jannah' itu ada hikmahnya.

"Bertahun jua kita guna nama group ni sampai sekarang... Love you my Jannah girls," katanya menerusi laman Instagram pada Selasa.



Pada Sabtu lalu, Neelofa berkongsi penampilan baharu Kilafairy mengenakan hijab di Instastory miliknya.

Pada Sabtu lalu, Kilafairy muncul dengan imej berhijab dan menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat dan pengikutnya.

Kila berkata dia memakai tudung sempena keberkatan Syawal atas kerelaan diri sendiri dan mahu memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

"Saya percaya niat yang baik akan dipermudahkan. Hati saya terbuka mahu mengenakan hijab.

"Saya tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa. Semoga saya kekal istiqamah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kilafairy, Whatsapp