suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jangan pinggirkan kami... sampai sekarang masih menyepi!” - Arash Mohd rayu untuk bekerja semula, janji patuh SOP

Arash Mohd minta pihak berwajib segera menyelesaikan isu kerja membabitkan anak seni.

RINTIHAN anak seni mengenai kebenaran untuk meneruskan penggambaran drama atau filem masih belum mendapat jawapan daripada pihak berwajib.

Ia terus menjadi persoalan dalam kalangan penggiat seni sehinggakan pelakon Arash Mohd menuntut jawapan segera daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung isu berkenaan.

"Sampai sekarang masih menyepi? Apa tindakan menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia? Kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dah diumumkan. Sektor kerajaan yang berurusan dengan ramai orang pun dah mula beroperasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Boikot penerbit ingkar, ambil ringan bahaya Covid-19 - “Apa salahnya kali ini untuk seumur hidup patuh arahan kerajaan”

"Jangan pinggirkan kami di sektor bidang kreatif! Beritahu kami apa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu kami patuhi. Kami akur!



Arash suarakan rintihan anak seni di Instagram.

"Jangan lupa ya kami juga sebahagian daripada yang membayar cukai kerajaan!," katanya.

Arash atau nama sebenarnya Azman Shah Ramlee, 51, berkongsi luahannya itu mewakili anak seni menerusi laman Instagram.

Sebelum ini, beberapa portal berita tempatan menyuarakan isi hati penggiat seni yang mahu meneruskan kerja bagi menyara keluarga.



Arash mahu jawapan segera berhubung isu ini.

Ramai dalam kalangan mereka berdepan kesempitan hidup apabila pendapatan terjejas kerana tidak boleh berkerja dan kebanyakan mereka tidak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan.

Sementara itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pula menunggu kenyataan rasmi daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung isu yang dibangkitkan penggiat seni ini.

Menerusi laporan sebuah akhbar, jurucakap Finas berkata pihaknya memandang serius mengenai perkara itu kerana sebahagian besar penggiat seni sudah mula bersuara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Arash Mohd, Finas

Artikel Lain