Penonton samakan suntingan drama 'Bukan Gadis Biasa' seperti kerja budak sekolah, Sheila Rusly tak melenting - “Kita editing online der!”

Sheila Rusly jawab persoalan penonton mengenai suntingan pada drama Bukan Gadis Biasa.

PELAKON dan penerbit, Sheila Rusly kesal apabila ada individu mengkritik teknik suntingan drama terbitan produksi miliknya JS Pictures berjudul Bukan Gadis Biasa (TV3) dengan menggunakan bahasa kesat di media sosial.

Menurut Shiela, tindakan individu itu melemparkan komen dengan perkataan keterlaluan adalah tidak wajar kerana bertentangan dengan adab Melayu.

"Bahasa melambangkan bangsa, lu ****kan karya orang der! Hebat la lu. Mind before mouth," tulisnya menerusi Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sumpah sakit! Tak tahu macam mana pengkid pakai benda tu” - Ayda Jebat kongsi pengalaman tiga bulan pakai bengkung

Pada Khamis lalu, seorang pengguna di laman Twitter mengkritik teknik suntingan drama tersebut yang disifatkan sebagai tidak menepati standard.

"Cutting editing budak-budak sekolah ke? Macam asal boleh je ****," tulis penonton tersebut.



Sheila jawab beberapa soalan yang diajukan penonton.

Tweet yang ditulis individu itu tular di media sosial dan menerima lebih 7,000 ulang kicau (retweet) serta hampir 10,000 tanda suka.

Sementara itu, menjawab komen beberapa pengikut, Sheila berkata dia menerima setiap pandangan penonton dengan hati terbuka.

Menjelaskan situasi sebenar, Sheila memberitahu proses suntingan itu dilakukan mengikut kemampuan terhad berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Barisan pelakon drama Bukan Gadis Biasa.

"Tak kisah pun, tak ambil hati pun, kita editing pun online der. PKP kan tak boleh keluar! Apa masalah kita tak kongsi dengan penonton.

"Kita (JS Pictures) tidak pernah sempurna... sentiasa menerima komen yang membina, bukan komen menjatuhkan. Ini yang terbaik kami boleh buat," katanya.

Bagaimanapun status dan komen yang ditulis Sheila itu dipadam setelah beberapa jam dimuat naik di laman tersebut.

Selain Sheila Rusly, drama Bukan Gadis Biasa turut dibintangi oleh Ayda Jebat, Remy Ishak, Idzham Ismail, Nazim Othman, Ozlynn Waty dan Mas Khan.

Drama arahan Azman Yahya atau Jinggo ini bersiaran di slot Akasia TV3 sepanjang Ramadan pukul 7 malam bermula 23 April lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain