suria

“Sumpah sakit! Tak tahu macam mana pengkid pakai benda tu” - Ayda Jebat kongsi pengalaman tiga bulan pakai bengkung

Watak pengkid beri pengajaran kepada pelakon Ayda Jebat.

PELAKON Ayda Jebat mengakui berdepan kesukaran semasa melakonkan karakter gadis berperwatakan kasar dalam drama Bukan Gadis Biasa.

Ayda berkata selama tiga bulan penggambaran dia perlu mengenakan pakaian khas untuk memastikan watak tersebut dapat diterjemahkan dengan baik.

"Saya pakai bengkung atau binder (pakaian dalam untuk wanita) selama tiga bulan masa penggambaran drama ini untuk jadi watak Jo.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucu! Babak Remy Ishak aminkan niat puasa Idzham Ismail cuit hati netizen - “Maaf saya tak sengaja, sepatutnya baca doa makan”

"Tak tahu macam mana pengkid boleh pakai benda tu setiap hari, berpuluh tahun atau sampai ke tua... sumpah sakit. Leper weh walaupun macam kuih koci je pun!," katanya.

Ayda berkongsi pengalaman bawa watak pengkid.

Tunang kepada pengacara Nabil Mahir ini berkongsi pengalamannya berlakon dalam drama tersebut menerusi laman Instagram.

Sementara itu, Ayda mengakui watak gadis pengkid yang dilakonkan itu memberi banyak pengajaran kepadanya untuk tidak menilai seseorang daripada luaran semata-mata.

"Saya percaya, jangan judge orang dari luaran... kadang-kadang yang kita nampak tak senonoh tapi berhati baik, yang nampak suci murni lagi teruk perangai daripada syaitan kan?

Barisan pelakon drama Bukan Gadis Biasa.

"Apa-apa pun doakan yang baik-baik buat mereka, kita dan semua. Pengajaran paling bernilai yang saya dapat dalam Bukan Gadis Biasa," ujarnya.

Selain Ayda, drama Bukan Gadis Biasa juga dibintangi oleh Sheila Rusly, Remy Ishak, Idzham Ismail, Nazim Othman, Ozlynn Waty dan Mas Khan.

Drama arahan Azman Yahya atau Jinggo ini bersiaran di slot Akasia TV3 sepanjang Ramadan pukul 7 malam bermula 23 April lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mstar!

Ayda Jebat, Bukan Gadis Biasa

Artikel Lain