Zizi Kirana teruskan imej bertudung bulan Ramadan biarpun dikritik - “Ada hikmah... tahun ini saya solat tarawih dan mengaji Al-Quran sendirian”

Zizi akui ada netizen kurang senang dia bertudung ketika bulan Ramadan.

RAMADAN tahun ini, penyanyi Zizi Kirana meneruskan penampilan dengan imej berhijab bagi menghormati bulan mulia ini.

Meskipun muncul dengan imej sopan, Zizi berkata dia masih menerima pelbagai mesej kecaman daripada netizen yang kurang senang dengan tindakannya itu.

"Alhamdulillah bulan puasa tahun ini saya masih mengekalkan imej bertudung, sama seperti tahun lepas. Jadi sepanjang bulan ini, jika muncul di media sosial atau perlu keluar rumah, saya akan mengenakan tudung.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana ajar budak mengaji Al-Quran, amal baca bacaan Yasin setiap malam Jumaat

"Tapi yang sedih tu, masih ada netizen yang maki-maki dan tak bersetuju saya bertudung hanya di bulan puasa sahaja... biarlah mereka nak cakap apa pun, saya biarkan sahaja komen macam tu sebab tak mahu berpanjangan.

"Doakan sahajalah yang baik-baik, jangan kecam-kecam tambah dosa di bulan Ramadan ni... manalah tahu nanti saya akan bertudung teruskan," katanya kepada mStar.



Zizi selesa berhijab sepanjang bulan Ramadan.

Sementara itu, penyanyi lagu Eh ini berkata banyak hikmah yang diperolehi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Ramadan kali ini.

"Sejak PKP berkuatkuasa, saya hanya terperap di rumah sendirian, baru sekali sahaja saya keluar beli barang dapur... sekarang ini setiap hari saya akan video call dengan keluarga di Sabah semasa berbuka atau bersahur.

"Walaupun kami jauh tapi rasa dekat, sebelum ini saya akui agak sibuk sampai tak sempat nak telefon keluarga, tapi sekarang ni setiap hari kami berhubung.

"Memandangkan Ramadan tahun ini hanya duduk di rumah, dapatlah solat tarawih setiap hari. Bermula PKP fasa kedua, saya ambil masa curi-curi masa Al-Quran. Alhamdulillah banyak hikmah kena berkurung di rumah ini," ujarnya.

Zizi Kieana

Artikel Berkaitan

Artikel Lain