suria

Achey hadiahkan isteri periuk nasi serba guna berharga RM8,000 - “Selepas ni lagi rajin la saya masak...”

Anne tayang hadiah yang diberikan oleh suaminya sempena ulang tahun kelahiran.

ISTERI kepada Achey iaitu Nor Hasanah Yahya menulis ucapan istimewa kepada pelawak itu bersempena ulang tahun kelahirannya ke-29, pada Selasa lalu.

Menerusi Instagram, Nor Hasanah atau Anne meluahkan rasa syukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan menyayanginya seadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kereta Audi, Achey buat kejutan hadiahkan isteri sebidang tanah

"Alhamdulillah Ya Allah di hari lahirku, engkau panjangkan umurku dan beri kesihatan buat diriku serta engkau hadirkan orang-orang yang terindah dalam hidupku dalam susah atau pun senang.

"Alhamdulillah Ya Allah aku bersyukur kepadamu, terima kasih pada ibuku yang melahirkan aku ke dunia ni, menjaga dari kecil sehinggalah besar, jasamu akan aku kenang sampai mati," tulisnya.



Anne berkongsi hadiah pemberian suaminya di Instagram.

Lebih istimewa apabila Anne menunjukkan hadiah yang diberikan oleh suaminya iaitu set periuk nasi pelbagai guna, Thermomix yang menjadi impian ramai wanita.

Difahamkan, perkakas berjenama dari Jerman itu dianggarkan berharga hampir RM8,000.

"Terima kasih juga buat suamiku tercinta, bagi hadiah birthday tahun ni.

Terima kasih juga buat suamiku tercinta, bagi hadiah birthday tahun ni... selepas ni lagi rajin la saya masak!

ANNE

ISTERI ACHEY

"Selepas ni lagi rajin la saya masak... saya sayang awak semua," ujarnya.

Tahun lalu, Achey yang juga pelawak kumpulan Bocey menghadiahkan isterinya sebidang tanah.

Achey dan Anne mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan memiliki seorang anak angkat perempuan, Nur Tiara Zinnirah.

Achey, Anne

Artikel Lain