suria

Ashraf Muslim positif Covid-19, kongsi pesanan dalam ambulans - “Saya sayang kamu berdua, jaga anak baik-baik”

Ashraf kongsi pesanan di dalam ambulans menuju ke hospital.

SELEPAS seminggu Puteri Aishah, pelakon kanak-kanak, pengarah dan beberapa kru drama Demi dijangkiti Covid-19, pelakon Ashraf Muslim turut mengesahkan dirinya dijangkiti virus tersebut pada Rabu.

Ashraf yang turut berlakon dan menjalani penggambaran drama berkenaan di Scotland Mac lalu berkata, dia reda dengan apa yang sudah ditakdirkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Aishah positif Covid-19 selepas pulang dari Scotland 31 Mac lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon kanak-kanak Puteri Rayyana Rayqa dan ibu positif Covid-19 - “Dia demam dua hari ketika di Scotland”

"Assalamualaikum... Tanggal 12hb April lalu menjadi jawapan bagi AM (Ashraf Muslim) tentang keputusan Covid-19. Yer... saya dijangkiti virus Covid-19.

"Sewaktu itu walaupun sebak di dada bila mendapat tahu jawapan tapi saya reda dengan pilihan Allah... ada hikmah disebaliknya," ujarnya.

Ashraf merakam video ketika dia diambil menaiki ambulans menuju ke Hospital Sungai Buloh.

Ashraf bersama pelakon-pelakon drama Demi.

Selain Puteri Aishah dan Ashraf, pelakon Ben Amir turut terlibat dalam drama arahan Rahila Ali itu.

Bagaimanapun, Ben memberitahu ujian saringan yang dilakukan mendapati dia negatif Covid-19 dan pulang ke Malaysia lebih awal berbanding pelakon lain.

Dalam pada itu, Ashraf tidak dapat menggambarkan perasaannya sepanjang perjalanan ke hospital.

Ayah rindu sangat, jangan risau ayah ok kat sini boleh solat dan baca Al-Quran macam biasa.

ASHRAF MUSLIM

PELAKON

"Datang perasaan nervous dan macam-macam perasaan timbul bila masuk dalam ambulans. Itu yang sampai berpeluh-peluh tu. Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat-sahabat dan rakan-rakanku.

"Tolong doakan yang baik untuk saya dan pesakit-pesakit di sini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkan wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua," ujarnya.

Ashraf bersama dua isteri dan anak-anaknya.

Menerusi video berkenaan, Ashraf turut berpesan kepada dua isterinya supaya menjaga anak-anak mereka dengan baik.

Dia juga meminta orang ramai mendoakan agar dia dan rakan-rakan lain cepat sembuh daripada wabak ini.

"Saya sayang kamu berdua, jaga anak baik-baik. Kepada mama, ibu, Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya bebas Covid-19 ini cepat ya. 

"Supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat, jangan risau ayah ok kat sini boleh solat dan baca Al-Quran macam biasa," ujarnya.

Pelakon drama Dia Menantu Rahsia ini berkahwin dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013.

Hasil perkahwinan dengan kedua-dua isterinya, Ashraf dikurniakan empat cahaya mata.

Difahamkan pelakon dan kru produksi drama Demi berangkat ke Scotland pada 15 Mac dan pulang ke Malaysia pada 31 Mac lalu.

View this post on Instagram

Assalamualaikum...Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam. Assalamualaikum wbt.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Ashraf Muslim, Covid-19

Artikel Berkaitan

Artikel Lain