suria

Fara Hezel kini hamil tiga bulan - “Gembira... tapi sedih tak dapat teman ibu bersalin adik ke-11”

Fara dan suami teruja timang anak sulung dijangka pada November depan.

PENYANYI Fara Hezel mengumumkan dirinya kini sedang hamil tiga bulan.

Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri, 24 berkata dia dan suami, Tengku Kamal teruja apabila menerima perkhabaran berita gembira itu.

"Alhamdulillah, kandungan saya baru sahaja memasuki bulan ketiga. Saya dan suami sangat teruja dan tak sabar nak timang cahaya mata pertama kami ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Aiman Tino, Fara Hezel dapat adik ke-11 - “Ini anak terakhir... doktor suruh tutup kilang”

"InsyaAllah, anak sulung ini dijangka akan dilahirkan November depan... tentang jantina kami tak kisah!

"Sekarang ini saya tengah mengalami alahan yang agak teruk, muntah-muntah dan sebagainya... mungkin ini situasi biasa yang dilalui ibu hamil," katanya kepada mStar.

Fara dan suami, Tengku Kamal.

Fara berkahwin dengan ahli perniagaan dari Terengganu iaitu Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember tahun lalu.

Meskipun gembira bakal bergelar ibu tidak lama lagi, Fara berkata dia turut bersedih kerana tidak dapat bertemu adik bongsunya yang baru dilahirkan pada Khamis lalu.

"Sedih sangat sebab tak dapat nak teman mak di hospital dan jumpa adik ke-11 kami yang baru lahir.

Ibu Fara selamat melahirkan anak ke-11 pada Khamis lalu.

"Saya sekarang berada di Terengganu di rumah mentua, memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi memang saya dan suami tak boleh balik Kuala Lumpur.

"Tak sabar rasanya nak jumpa adik dan mak... sekarang ini pun tengah mengidam nak makan rendang istimewa air tangan ibu," ujarnya.

Pada Khamis lalu, ibu kepada penyanyi Aiman Tino dan Fara Hezel iaitu Hazelina Mat Jalil, 43, selamat melahirkan anak ke-11 di Hospital Selayang, Selangor.

Fara Hezel, Aiman Tino

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Kes Covid-19 dijangka meningkat - KJ