suria

Selebriti rayu rakyat Malaysia patuh arahan dan ‘Stay at home’

Dr Amalina dan Siti Nurhaliza meminta semua rakyat mematuhi arahan kerajaan.

PERINTAH Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan dari 18 Mac sehingga 31 Mac dengan mengehendaki orang ramai agar tidak keluar rumah bagi membendung penularan wabak Covid-19 tidak seharusnya dipandang ringan oleh semua pihak.

Bagaimanapun, segelintir masyarakat tidak mengambil berat tentang perkara itu sehingga ada yang membuat keputusan pulang ke kampung halaman semasa tempoh larangan.

Perkara itu mendapat perhatian selebriti yang terpanggil untuk membantu kerajaan dalam merayu semua pihak agar mengutamakan kesihatan selain menamam rasa bimbang akan risiko dijangkiti wabak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: PM umum Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik foto dengan ayat ‘saya sayang anda’ pada sekeping kertas dan meminta peminatnya meluangkan masa bersama keluarga dengan menghormati permintaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya duduk di rumah atau ‘stay at home’.

“Tolong duduk di rumah dan luangkan masa bersama yang tersayang #stayathome,” ujarnya.

Ashrah anggap Perintah Kawalan Pergerakan memberi peluang untuk dekatkan diri pada Allah.

Susulan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan, kerajaan mengeluarkan perintah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Sementara itu, pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri turut memuat naik foto dengan tulisan merayu orang ramai kekal berada di rumah.

"I stay at work for u, u stay at home for us. (Saya bekerja untuk anda, anda berada di rumah untuk kita)" tulisnya.

Amalina juga berkata, arahan yang dikeluarkan itu adalah usaha membendung wabak tersebut secara global. 

Dulu kita kurang luangkan masa untuk Allah dan sekarang Allah bagi masa pada kita.

ASHRAF MUSLIM

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon Ashraf Muslim menganggap perintah itu memberi peluang untuk semua orang meluangkan masa dengan keluarga serta beribadah kepada Allah.

"Banyak hikmah yang Allah nak berikan pada kita. Contohnya, dulu kita kurang luangkan masa untuk Allah dan sekarang Allah bagi masa pada kita.

"Mungkin dulu kita jarang bersama-sama keluarga dan inilah masanya kita luangkan masa dengan keluarga dan anak-anak. Dulu kita nak diet asyik tak boleh saja tapi sekarang dah ada masa untuk diet sebab makanan boleh catu.

"Dan sekarang waktu terbaik untuk kita muhasabbah diri kita supaya kita jadi insan yang reda dan bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita walaupun perkara itu adalah nikmatnya ataupun dugaannya," katanya.

Selain itu, penyanyi Aishah memberitahu dia memilih untuk berada di rumah jika tiada acara sejak wabak Covid-19 mula tersebar dan menggunakan masa yang ada untuk menyiapkan kerja yang tertangguh.

Aishah berkongsi perkara itu di Instagram.

Malah, penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata dia sudah membeli barangan harian sejak bulan lalu biarpun ketika itu ada yang mengatakan dirinya paranoid.

"Sejak tercetus wabak Covid-19 ni lagi kami banyak duduk di rumah kalau tak ada acara. Sejak wabak ni menular, saya rajin juga ikuti perkembangan dan sejauh mana ia akan sampai ke negara kita.

"Boleh dikatakan dari bulan lepas lagi saya dah mula beli barang harian lebih dari selalu. Walaupun masa tu ada yang kata saya paranoid.

"Saya juga mula bawa keluar banyak my decoupage projects yang tak sempat buat selama ni kerana kekurangan masa di rumah. Sekarang saya ada 14 hari untuk isi masa di rumah" kata Aishah.

Artikel Lain