suria

Ibu Serina Redzuawan meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan jantung

Ibu Serina meninggal dunia di Hospital Ampang pada Selasa.

IBU kepada pelakon Serina Redzuawan iaitu Norharyati Ayub meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan jantung di Hospital Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu.

Berita itu disahkan sendiri oleh Serina, 37,  yang memohon seluruh keluarga dan sahabat sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan besar keluarga Serina Redzuawan, ibu kena potong kaki... Chef Wan pula terkena penyakit kayap

"Assalammulaikum, saya ingin memaklumkan bahawa ibu saya iaitu Hajah Norhayati Ayub telah meninggal dunia hari ini di Hospital Ampang akibat komplikasi buah pinggang dan jantung.

"Mohon keluarga dan semua sahabat sedekahkan Al-Fatihah dan yassin kepada arwah mama. Allahukbar," kata Serina.

Menerusi laporan mStar pada 28 Februari lalu, Serina berkongsi berita sedih apabila ibunya perlu menjalani pembedahan bagi memotong kaki akibat penyakit kencing manis.

Terdahulu, Chef Wan dimasukkan ke hospital akibat penyakit kayap.

Menurut anak kepada tukang masak terkenal iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, dia terpaksa cekalkan hati untuk menyampaikan berita itu kepada ibunya.

Dalam pada itu, Serina mendoakan Allahyarham mendapat keampunan Allah dan berharap ahli keluarganya diberi kesabaran untuk menghadapi pemergian itu.

"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga firdausi sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluargaku semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," ujarnya.

Norhayati berkahwin dengan Chef Wan pada 1982 namun rumah tangga yang dibina hanya bertahan selama tiga tahun.

Hasil daripada perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Mohd Nadzri dan Serina.

Serina Redzuawan, Chef Wan

Artikel Lain