suria

Soffi Jikan akui hubungan dengan Farid Kamil sukar dipulihkan - “Jika mahu kami bergandingan, jadikan saya kawan dia”

Soffi Jikan akui hubungan dengan Farid sukar kembali seperti dahulu. FOTO THE STAR SYAMIMI ZAINAL

PELAKON Soffi Jikan, 50, mengakui hubungan rapatnya dengan Datuk Farid Kamil sudah berakhir dan sukar untuk dipulihkan.

Bagaimanapun, Soffi berkata, dia tidak terasa hati dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat pelakon dan pengarah itu.

“Saya tidak ambil hati. Saya doakan dia berjaya, tetapi agak sukar untuk dapatkan hubungan baik atau persahabatan seperti sebelum ini.

“Tetapi kami tidak ada sebarang masalah cuba tidak baik macam dulu saja," katanya kepada mStar.

Soffi Jikan bersama anak-anak yatim Rahoma Darul Fikir. FOTO THE STAR SYAMIMI ZAINAL

Soffi ditemui pada majlis tayangan filem Jodoh Syaitan bersama anak yatim dari Rahoma Darul Fikir di MM Cineplexes, Petaling Jaya pada Khamis.

Dalam pada itu, Soffi berkata, dia tidak ada masalah jika diberi peluang untuk bergandingan dengan aktor berkenaan.

“Kalau nak saya berlakon dengan dia, jadikan saya sebagai kawan dia kerana dalam dunia sebenar, saya musuh dia,” katanya lagi.

Untuk rekod pada Februari 2018, Sofi diberkas ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Farid Kamil pada 31 Januari 2018.

Dalam laporan itu, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artis yang terlibat meletakkan dadah dalam minumannya.

Soffi Jikan bersama penaja program tonton wayang bersama anak yatim.

Sementara itu, Soffi yang muncul dengan filem Jodoh Syaitan memberitahu dua program iaitu jelajah promosi dan tonton dan menang akan diadakan bagi mempromosi filem tersebut.

"Saya berbesar hati dapat menonton tayangan pertama filem Jodoh Syaitan bersama anak-anak yatim Rahoma Darul Fakir yang berjumlah 20 orang.

"Selain daripada itu juga saya umumkan ada dua program iaitu jelajah promosi filem dan tonton dan menang," ujarnya.

Filem Jodoh Syaitan ditayangkan di pawagam bermula 5 Mac lalu.

Artikel Lain