suria

Bella Astillah terkejut, luahan hati tiada kaitan dengan kes Aliff Aziz - “Tweet itu dah lama... harap semua faham”

Bella berkata status ditulis di media sosial tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

PENYANYI Bella Astillah terkejut apabila status yang ditulisnya di laman Twitter menjadi perbualan netizen apabila dikongsi sebuah portal hiburan pada Khamis lalu.

Menurut Bella, 26, luahan hatinya itu tiada kena mengena dengan mana-mana individu termasuklah kes terbaharu membabitkan bekas suaminya, Aliff Aziz.

"Saya tidak beri sebarang kenyataan berhubung apa-apa isu tapi masih terkejut tengok artikel ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak serik! Aliff Aziz buka episod tahun baharu dengan video aksi tak senonoh - “Ada kawan bukan nak tolong, siap rekod”

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah rangkul tangan Aliff Aziz? Foto mesra dalam kereta petanda bekas suami isteri ini kembali bersama

"Bella harap sangat blogger lebih berhati-hati mungkin sebab Bella tak nak beri apa-apa komen jadi dia orang stalked Twitter saya. Tweet itu dah lama tak ada kena mengena tapi boleh terus ambil dan jadikan tajuk artikel.

"Bella harap semua faham, itu sekadar tweet dan boleh tengok tarikh tak ada kena mengena dengan apa kes pun," katanya menerusi ruangan Instastory pada malam Khamis.

Pada Ahad lalu, status luahan hati yang ditulis Bella berbunyi "Saya tertanya adakah aku akan merasakan kebahagiaan" itu menarik perhatian pengikut dan mengundang pelbagai komen daripada netizen.

Sehari selepas status itu dimuat naik, tersebar pula video pergaduhan seorang lelaki didakwa Aliff Aziz dan dikatakan berlaku di sebuah restoran di Singapura.

Bella harap semua faham, itu sekadar tweet dan boleh tengok tarikh tak ada kena mengena dengan apa kes pun!

BELLA ASTILLAH

PELAKON

Bella bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden membabitkan bekas suaminya itu.

Sebelum itu, Bella ada berkongsi foto mesra sedang merangkul tangan seorang lelaki dipercayai penyanyi lagu Sayang Sayang itu.

Tular video seorang lelaki dipercayai Aliff Aziz bertengkar dan bergaduh di sebuah restoran, baru-baru ini.

Lebih menguatkan spekulasi mengenai identiti lelaki tersebut apabila Aliff turut memuat naik swafoto yang memperlihatkan Bella di belakangnya dalam sebuah kereta.

Dua foto tersebut menarik perhatian netizen yang membuat andaian pasangan itu kini sudah kembali bersama.

Terdahulu, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi kelahiran Singapura itu beberapa kali kantoi curang.

Bella Astillah, Aliff Aziz

Artikel Lain