“Suami paling teruk alahan… ingatkan baby lelaki” - Suraya Borhan bakal timang anak perempuan April ini

Suraya dan suami tak sabar menimang cahaya mata sulung setelah enam tahun menantikan rezeki zuriat.

PENYAMPAI Suria FM, Suraya Borhan teruja apabila mengetahui dia bakal menimang cahaya mata perempuan pada April ini.

Suraya, 37,  berkata pada awalnya dia dan suami Mohd Johanif menjangkakan bayi lelaki, namun sangkaan mereka meleset apabila doktor mengesahkan anak dalam kandungan itu adalah perempuan.

"Kami dah buat pemeriksaan doktor tiga minggu lepas dan mendapati anak dalam kandungan ini adalah perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suraya Borhan hamil selepas enam tahun menunggu - “Sudah buat pelbagai rawatan... sampai satu tahap saya reda”

"Sebenarnya masa awal mengandung dulu, saya dan suami ingatkan lelaki sebab awal-awal mengandung dulu suami yang kena alahan... kata orang kalau suami yang kena alahan, besar kemungkinan baby lelaki!

"Alhamdulillah... pemeriksaan doktor baru-baru ini dah nampak jantina! Sebenarnya tak kisah pun lelaki atau perempuan, asalkan bayi sihat dan lahir dengan selamat," katanya kepada mStar.

Suraya umumkan berita kehamilannya pada Oktober tahun lalu.

Sementara itu, penyampai Suria Petang ini memberitahu dia sudah membuat persiapan awal bagi menyambut kelahiran puteri sulungnya itu.

Malah, proses kehamilannya juga dipermudahkan apabila dia tidak mengalami sebarang alahan atau mengidam sesuatu yang 'pelik-pelik'.

"Persiapan untuk baby pun dah beli sikit-sikit sebab tak nak nanti saat-saat akhir terpaksa beli banyak sekaligus, jadi setiap bulan kita sediakan apa yang perlu.

Suami alami alahan teruk, pening, loya nak pitam sampai tak boleh nak pergi kerja

SURAYA

PENYAMPAI SURIA FM

"Sekarang ni kandungan dah nak masuk tujuh bulan, saya tak ada alami alahan atau mengidam, mudah sangat. Bayi pun sangat-sangat aktif dan saya masih boleh buat aktiviti harian seperti biasa.

"Tapi yang peliknya suami pula yang kena alahan tu... semasa bulan pertama kehamilan, dia paling teruk pening-pening, loya, nak pitam sampai tak boleh nak pergi kerja, tapi sekarang semua dah okay," ujarnya.

Suraya mendirikan rumah tangga dengan Mohd Johanif Mohamed Nadzirin pada April 2013.

Suraya Borhan, Suria FM

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain