suria

Fezrul Khan berang PM main harga saat akhir, bagi 'job' pada kroni - “Aku dah 20 tahun tak pernah ada masalah macam ini”

Fezrul berang dengan sikap pengurus produksi yang mengubah penjanjian melibatkan bayaran.

PELAKON Fezrul Khan berang dengan sikap seorang pengurus produksi atau production manager (PM) yang mengubah perjanjian awal melibatkan bayarannya pada saat-saat akhir.

Lebih menimbulkan kemarahan Fezrul, 38, apabila permintaannya menerima sindiran daripada individu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak ada bajet tak perlu telefon aku!” - Didie Alias berang produksi batal 'job' saat akhir

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak tak pernah minta ibu baru” - Empat tahun menduda, Fezrul Khan belum jumpa pengganti

"Kalau dah tahu penerbit kau tu bangang, kenapa kau lock aku dari awal kau setuju dengan harga aku. Aku dah 20 tahun tak pernah ada masalah macam ini.

Fezrul meluahkan perasaan di Instagramnya.

"Tiba-tiba saat akhir kau boleh pula main harga dengan aku. Aku cakap bayaran aku bukan mahal mana sebab itu aku suruh kau sound penerbit simpan duit tu bawa pergi haji.

"Kau sound aku bagi pihak penerbit, kau cakap kau dah pergi haji dulu daripada aku siap bawa keluarga 17 orang. Nampak sangat la kau nak next job dengan penerbit kau," katanya.

Fezrul meluahkan perasaannya dan memuat naik paparan skrin perbualan dengan pengurus produksi itu di laman Instagramnya.

Aku cakap bayaran aku bukan mahal mana sebab aku itu aku suruh kau sound penerbit simpan duit tu bawa pergi haji.

FEZRUL KHAN

PELAKON

Sebelum ini, pelakon Didie Alias melalui situasi yang sama apabila namanya digugurkan daripada membintangi sebuah drama televisyen pada saat-saat akhir.

Menurut Didie, pihak produksi yang membuat tawaran itu memberikan alasan bajet untuk drama berkenaan tidak mencukupi.

Dalam pada itu, pemilik nama Fezrul Khan Junaidi ini memberitahu dia tidak akan menerima tawaran tersebut jika diberikan bayaran yang sangat rendah.

Fezrul turut mempersoalkan kredibiliti individu tersebut yang dipercayai memberi keutamaan kepada rakan-rakan terdekat sahaja.

Fezrul mempersoalkan kredibiliti PM berkenaan urusan tawaran lakonan drama yang diterimanya.

"Kalau kau buka harga itu dari awal, aku tak hadap job kau tu. Masalahnya kau main harga last minute. Dah kau tahu penerbit kau tu bangang janganlah sound aku suka hati kau.

"Ke sebab kau nak masukkan bakat-bakat baharu kau. Sebab apa yang aku dengar selama ini kau dengan kroni kau.

"Sekarang salahkan penerbit pula. Kami tahu penerbit kau memang sejenis method. Pembantu peribadi tak boleh makan kat set, tak ada sediakan bilik tapi sembang dia wow hebatnya," ujarnya.

Fezrul Khan, Didie Alias

Artikel Lain