“Setiap hari saya makan kek batik!” - Ungku Ismail amal diet pelik dalam drama Adella Sofea untuk tambah berat badan - Hiburan | mStar

“Setiap hari saya makan kek batik!” - Ungku Ismail amal diet pelik dalam drama Adella Sofea untuk tambah berat badan

Gandingan menarik antara Ungku Ismail dan Mira Filzah menerusi drama Adella Sofea.

MACAM-MACAM teknik yang digunakan seseorang pelakon untuk menghidupkan sesuatu watak dalam drama atau filem.

Walaupun ada antara teknik yang digunakan itu agak pelik bagi ramai orang, tapi itulah yang diamalkan oleh sesetengah pelakon mengikut kesesuaian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak ‘move on’ Mira Filzah dengan hero lama, Ungku Ismail minta hormat kerja artis - “Saya tak marah tapi simpan di IG awak saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Ungku Ismail kesal tidak dapat penuhi hasrat Erra Fazira - “Pemilihan Shahir sudah ketentuanNya”

Pelakon Ungku Ismail juga punya teknik tersendiri ketika menjayakan watak Firdaus dalam drama Adella Sofea yang kini sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3.

Menurut Ungku Ismail, 35, dia memakan kek batik hampir setiap hari bagi menaikkan berat badan hingga kelihatan sedikit berisi.

Drama Adella Sofea ditayangkan di slot Akasia, TV3.

"Saya memang suka kek batik, jadi setiap hari saya akan makan terutama ketika di set penggambaran. Cara ini nampaknya berkesan untuk menaikkan berat badan dalam masa singkat.

"Teknik yang digunakan menjadi sehingga saya ditegur oleh pengarah kerana berat badan saya naik dengan mendadak," katanya kepada mStar.

Dia ditemui ketika sidang media teater Semarak Pertiwiku dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jelas Ungku Ismail dia terpaksa menaikkan berat badan bagi menunjukkan perubahan fizikal watak Firdaus sebagai seorang penagih yang berusaha untuk meninggalkan najis dadah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya (depan tengah) bergambar bersama para pelakon Teater Semarak Pertiwiku selepas sidang media mengenai teater tersebut di Istana Budaya.

Menerusi drama berkenaan, Ungku Ismail bergandingan dengan aktres Mira Filzah.

Sementara itu bercerita mengenai penglibatannya dalam teater Semarak Pertiwiku, Ungku Ismail berkata dia teruja untuk terlibat dalam sebuah karya yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keburukan gejala rasuah.

Selain untuk Ismail, teater arahan Muhammad Azri Ali itu akan turut dijayakan oleh barisan pelakon terkenal seperti Sherie Merlis, Anding dan juga Taufik Hanafi.

Teater muzikal yang akan dipentaskan secara percuma di Panggung Sari, Istana Budaya itu akan menemui orang ramai pada 30 dan 31 Januari ini.

ungku ismail , adella sofea

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain