suria

“Kalau terlupa bawa topeng pinjam saja boxer kawan atau boyfriend” - Zizan Razak terkena jangkitan Influenza A

Zizan masih dalam rawatan akibat terkena jangkitan Influenza A.

PELAKON Zizan Razak memaklumkan dia kini dirawat di sebuah hospital selepas terkena jangkitan virus Influenza A.

Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 35, memberitahu perkara itu menerusi laman sosialnya selepas tiga hari tidak mengemaskini akaun tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bimbang tiada perasaan cinta dan nafsu pula” - Zizan rancang minta ibu carikan jodoh

"Assalamualaikum dan maaf untuk lama tidak update di media sosial. Cuma ingin memberitahu pada semua yang mengenal Zizan.

Zizan mohon maaf tidak aktif di laman sosial.

"Kini Zizan masih lagi dalam rawatan dan pemantauan pihak hospital kerana terkena virus Influenza A. Yang cuma satu A dan bukan 9A seperti mana keputusan peperiksaan SPM.

"Tapi sekurangnya ada A dalam pengalaman kehidupan," tulis Zizan menerusi laman Instagramnya pada Khamis.

Rata-rata pengikut di laman sosial terhibur membaca kapsyen itu selain mendoakan agar pelakon filem Polis Evo itu cepat sembuh.

Dalam pada itu, Zizan juga menasihati orang ramai agar sentiasa memakai topeng menutup mulut di tempat awam supaya tidak terkena jangkitan.

Pakailah topeng atau apa saja untuk mengelak dari terkena apa-apa jangkitan yang datang dari udara yang kita tidak nampak.

ZIZAN RAZAK

PELAKON

Zizan berharap peminat-peminat dapat mendoakan agar kesihatannya kembali pulih seperti biasa.

"Jadi nasihat Zizan pada semua berhati-hatilah bila di tempat awam. Pakailah topeng atau apa saja untuk mengelak dari terkena apa-apa jangkitan yang datang dari udara yang kita tidak nampak.

"Kalau terlupa bawa topeng pinjam saja boxer kawan atau boyfriend janji hidup anda sihat sejahtera.

Zizan nasihat peminatnya untuk sentiasa memakai topeng menutup mulut ketika berada di tempat awam.

"Zizan dapat info sekarang memang ramai yang terkena virus Influenza sama ada A atau B bergantung kepada kecermelangan anda.

"Doakan Zizan cepat sembuh ya. Terima kasih kepada yang beri bunga serta buah dan yang mendoakan Zizan. I love u guys," katanya.

Selain Zizan, anak kepada pasangan pelakon Mawar Rashid dan Raf Yaakob iaitu Raden Muhammad Rafael yang kini berusia sembilan bulan juga disahkan terkena jangkitan virus Influenza A.

Zizan Razak, Polis Evo

Artikel Lain

Pelajar boleh bawa telefon ke sekolah?