Roy akur tiada pakej untuk dijual, kembali jadi 'busker' - “Saya sedar... Perut buncit tak handsome” - Hiburan | mStar

Roy akur tiada pakej untuk dijual, kembali jadi 'busker' - “Saya sedar... Perut buncit tak handsome”

Roy rancang untuk kembali basking demi menampung kehidupannya.

PESERTA Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang tersingkir pada minggu kelapan iaitu Roy mendedahkan dia sangat komited untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Bagaimanapun, Roy berkata, dia sedar dirinya tidak mempunyai pakej lengkap yang boleh dijual dalam industri masa kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan tiada kelainan punca Roy tersingkir GV6 - “Minggu ke minggu dia di situ sahaja”

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan lagi! GV6 dilanjutkan selama 11 minggu, tiada penyingkiran minggu ketujuh

"Saya sangat komited untuk aktif tetapi tiada peluang. Keadaan sekarang sudah lain, mereka mahukan pakej. Mereka mahukan paras rupa, vokal hanya nombor dua.

"Bukan nak merendah diri tak tentu fasal tetapi itulah realitinya.

"Orang macam saya yang tak handsome, perut buncit begini, tiada hit songs. Saya apa yang ada? Lagu patriotik? Nak jual dengan apa?" ujarnya kepada mStar.

Roy tersingkir daripada pentas Gegar Vaganza pada minggu kelapan.

Roy diumumkan tersingkir daripada pentas GV6 pada minggu kelapan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ratnaku itu ditemui pada sidang media selepas persembahan di konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada Ahad.

Ketika disoal mengenai perancangannya selepas tersingkir dari program realiti nyanyian itu, Roy berkata, dia akan kembali membuat persembahanjalanan (busking).

"Selepas ini saya akan kembali semula jadi busker. Kalau rezeki saya di tepi jalan pun, tepi jalanlah.

"Kalau orang minta saya nyanyi 50 lagu satu hari pun saya okey saja.

"Saya tak kisah kerana memang niat keluar GV untuk sambung buat busking," ujarnya lagi.

Orang macam saya yang tak handsome, perut buncit begini tiada hit songs. Saya apa yang ada? Lagu patriotik? Nak jual dengan apa?

ROY

Penyanyi

Dalam pada itu, Roy berkata dia sudah menjangkakan hanya mampu bertahan sehingga minggu kelapan.

Menurutnya, lagu Seniman Menangis tidak mencabar selain mengakui tidak berjaya membawa kelainan dalam persembahannya pada malam itu.

"Saya sudah menjangkakannya sebab lagu saya bukan lagu konsert tapi lagu lounge.

"Malah lagu ini tiada cabaran. Sepatutnya saya perlu tampilkan kelainan dengan menyanyi lebih bagus dan lari dari bayang Jamal Abdillah. 

"Lagipun keadaan kesihatan saya juga tidak begitu baik pada minggu ini kerana mengalami sakit tekak. Suara hampir terkoyak kerana bengkak di dalam. Jadi saya banyak berjaga-jaga takut suara pecah kalau buat lebih-lebih," ujarnya.
Roy , Gegar Vaganza , buskers

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain