suria

“Baju itu rekaan designer terkenal, mungkin saya perlu lebih berhati-hati” - Jasmine Suraya Chin ulas foto tak pakai coli

Jasmine tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai penampilannya di sebuah acara hiburan baru-baru ini.

PELAKON Jasmine Suraya Chin memilih mengunci mulut mengenai foto dia pakaian seksi sehingga menampakkan bahagian lurah dadanya di Instagram.

Menurut pemilik nama Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 30, dia bimbang jika kenyataan yang diberikannya hanya menimbulkan salah faham dan menyentuh sensitiviti masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmine Suraya ulas video 'soft porn' kisah Cikgu Suraya - “Nama saya memang Suraya jadi apa salahnya? Filem itu belum habis shooting”

"Saya faham ada netizen yang salah faham dan kurang senang melihat foto penampilan saya di sebuah acara hiburan yang dikongsikan di Instagram.

Penampilan Jasmine di sebuah acara hiburan baru-baru ini mengundang kecaman.

"Tetapi saya memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenai isu tersebut sebab ia akan melibatkan banyak perkara seperti agama.

"Selain, saya takut juga jika kenyataan yang saya berikan itu disalah erti atau menyinggung orang lain," kata Jasmine kepada mStar.

Jasmine diminta mengulas mengenai perkongsian foto itu yang mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Mungkin selepas ini saya perlu lebih berhati-hati apabila nak memuat naik sesuatu di Instagram. 

JASMINE SURAYA CHIN

Pelakon

Rata-rata mereka mempertikaikan penampilan pelakon filem Paskal itu yang didakwa tidak mengenakan pakaian dalam atau coli sehingga kelihatan terlalu seksi.

Dalam pada itu, Jasmine menyedari perkongsiannya itu telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada netizen.

Dia berjanji akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakannya dan menerima kritikan yang membantu dalam memperbaiki dirinya.

Jasmine akan lebih berhati-hati memuat naik sesuatu di Instagram.

"Saya sedar perkongsian itu mungkin telah mengundang kecaman netizen tapi pakaian itu rekaan designer terkenal.

"Mungkin selepas ini saya perlu lebih berhati-hati apabila nak memuat naik sesuatu di Instagram. Apa-apa pun, saya terima saja komen daripada netizen.

"Yang boleh membantu perbaiki diri saya kelak, saya terima tetapi saya biarkan saja kalau komen tidak berfaedah," ujarnya. 

Jasmine Suraya Chin

Artikel Berkaitan

Artikel Lain