suria

Kejutan lagi! GV6 dilanjutkan selama 11 minggu, tiada penyingkiran minggu ketujuh

Hady Mirza membawakan lagu Haqiem Rusli berjudul Jatuh Bangun.

KEJUTAN demi kejutan, pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam kini dilanjutkan dari lapan minggu ke 11 minggu.

Malah konsert pada minggu ketujuh yang berlangsung pada Ahad turut menyaksikan sembilan peserta berjaya mara ke pentas minggu hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tok Ram ‘malas’ cakap banyak, Feeza buat hal lupa lirik - “Apabila seseorang itu sedang jatuh, saya tak akan hentam lagi”

Semua peserta tersebut ialah Wann, Noorshila Amin, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Roy, Hady Mirza, Jatt Black Dog Bone dan kumpulan One Nation Emcee.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, manakala pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi tampil sebagai juri jemputan.

Naqiu beri saingan menerusi lagu Rampas.

GV6 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Dalam pada itu, penyanyi Hail Amir menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.

Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Roy manakala Anugerah Bintang Cili Padi pula dimenangi oleh Noorshila Amin.

GV6 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim keenam bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Gegar Vaganza, GV6

Artikel Lain