Sabarlah Amyza! “Semoga Allah pegang hati ini untuk tidak berpaling” - Amyza Aznan reda jaga suami lumpuh akibat strok

Amyza dan Khairil dikurniakan tiga cahaya mata.

PELAKON Amyza Aznan berkongsi berita sedih berhubung keadaan kesihatan suaminya Khairil Idzhar Mohd Nadzir yang kini lumpuh selepas diserang angin ahmar.

Lebih mengundang rasa sebak apabila perkongsian berkenaan dibuat ketika pasangan itu menyambut ulang tahun perkahwinan ke-16.

Menerusi posting di Instagram Amyza berkata dia reda dengan apa yang berlaku malah menyatakan bahawa kasih sayang terhadap suaminya tidak pernah luntur.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Sakit Jantung, Amyza Aznan Diserang Netizen

“Walaupun you lumpuh, kasih sayang terhadap you tak pernah lumpuh.

“Selamat ulang tahun, semoga Allah pegang hati ini untuk tidak berpaling, untuk tidak lelah menjaga, memanja, menyayangi dan mencintai b.

“Walaupun stroke doa love tetap b, suami dan ayah kepada anak-anak saya di dunia hingga akhirat nanti,” ujarnya. 

Amyza memberi ucapan sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Dalam pada itu, Amyza turut meminta maaf terhadap mana-mana pihak yang berkaitan kerja tidak dapat memberi komitmen dengan baik.

Katanya, dia sedang memberi fokus dalam menguruskan suaminya.

“Bukan tak nak kongsi semua aktiviti di Instagram dan bukan pilih bulu, tetapi sebenarnya sekarang ni ada lagi penting untuk saya fokus iaitu suami, dia strok. InshaAllah... saya akan kongsi satu hari nanti,” ujarnya.

Pada Disember 2017, Khairil Idzhar pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri kerana diserang sakit jantung.

Amyza dan Khairil berkahwin pada tahun 2004 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, 16, Andrian Adam, 13 dan Ayden Andika, 7 tahun.

Amyza Aznan

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain