suria

“Tak pandai bahasa Inggeris, Pakistan tak syok!” - Haji Zeel dedah sukar cari heroin drama ‘Sara Sajeeda’

KESUKARAN mencari pelakon wanita yang sanggup membawakan watak Sara dalam drama Sara Sajeeda merupakan satu cabaran buat penerbit drama itu Fadzil Teh.

Fadzil atau dikenali sebagai Haji Zeel berkata kebanyakan pelakon wanita menolak tawaran tersebut kerana kurang fasih berbahasa Inggeris dan menjalani penggambaran di Pakistan.

"Sebenarnya ramai artis popular tolak tawaran ini kerana terpaksa shooting di Pakistan selama dua minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pelakon sibuk tanya bayaran, pengarah pula tak baca skrip!” - Penerbit Haji Zeel tanggung rugi drama tak menjadi

"Depa (Mereka) kata Pakistan tak syok (seronok). Kalau negara orang putih tergedik-gedik pakat bagi passport. Depa tak tahu sekarang ni Pakistan lebih moden, orang depa baik-baik.

Haji Zeel memuji lakonan Tiz Zaqyah.

"Lagi satu ramai jugak yang tolak sebab tak berapa pandai berlakon kena cakap bahasa orang putih," katanya menerusi Instagram.

Sara Sajeeda dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Anmol Baloch dan Arslan Asad.

Alhamdulillah dalam kesejukan, masalah percakapan yang macam ayam dan itik, penerbangan tersangkut di Pakistan... akhirnya Tiz Zaqyah dapat memberi lakonan yang sangat cemerlang!

HAJI ZEEL

Penerbit Zeel Production

Dalam pada itu, pemilik Zeel Production ini turut memuji lakonan pelakon utama Tiz Zaqyah kerana mampu membawakan watak itu dengan begitu baik meskipun berdepan beberapa cabaran.

Dia turut berterima kasih dengan aktres tersebut kerana bersetuju menerima tawaran membintangi drama berkenaan.

Teraju utama drama Sara Sajeeda.

"Alhamdulillah dalam kesejukan, masalah percakapan yang macam ayam dan itik, penerbangan tersangkut di Pakistan... akhirnya Tiz Zaqyah dapat memberi lakonan yang sangat cemerlang.

"Emosi lakonannya sangat tepat untuk menerajui mega minisiri ini. Mungkin ini memberi lonjatan untuk beliau melangkah ke taraf yang lebih tinggi.

"Terima kasih Tiz Zaqyah sudi bawa watak Sara dalam Sara Sajeeda dari saya dan seluruh team Zeel Production," ujarnya.

Drama Sara Sajeeda bakal bersiaran di Slot Samarinda, pukul 10 malam di TV3 bermula Khamis.

PENERBIT drama Fadzil Teh mendedahkan ramai pelakon wanita menolak tawaran melakonkan watak Sara dalam drama Sara Sajeeda yang akan bersiaran di TV3 bermula Rabu.
PENERBIT drama Fadzil Teh mendedahkan ramai pelakon wanita menolak tawaran melakonkan watak Sara dalam drama Sara Sajeeda yang akan bersiaran di TV3 bermula Rabu.
Haji Zeel, Tiz Zaqyah

Artikel Lain