“Tolong hormat, sekurang-kurangnya minta kebenaran!” - Ruhainies berang wajah kekasih tersebar

Ruhainies bengang foto kekasih tersebar di laman sosial.

PELAKON Ruhainies berang apabila sekeping foto mendedahkan wajah kekasihnya yang dikenali sebagai Elf Johan disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab di laman sosial, baru-baru ini.

Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata tindakan yang dilakukan individu itu salah dan melanggar hak privasi orang lain.

"Saya tak faham kenapa ada orang tak boleh nak hormat privasi orang lain, semua tahu saya tak pernah post dia (kekasih) di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum sedia dedah wajah Mr E, Ruhaines tak mahu kekasih terima tempias selebriti

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies terkejut ramai wanita cuba nasib goda kekasihnya “Tak payah feeling sangat, nak try luck ke?”

"Tolong ada sedikit hormat, sekurang-kurangnya minta kebenaran," katanya di laman Instagram.

Ruhainies berang wajah kekasih disebarkan individu tidak bertanggungjawab.

Pada Rabu, sebuah portal hiburan memuat naik artikel dan foto memaparkan wajah kekasihnya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Foto tersebut dirakam secara 'curi-curi' ketika pasangan itu berada di sebuah majlis.

Orang awam atau peminat pun hormat, kalau nampak saya di luar atau nak bergambar mereka akan crop gambar dia!

RUHAINIES

Pelakon

Dalam pada itu, Ruhainies turut memuji tindakan peminat dan wartawan yang menghormati permintaan untuk tidak mendedahkan identiti bakal suaminya itu.

Malah, segelintir peminat mengambil inisiatif memotong (crop) gambar kekasihnya itu sebelum memuat naik di media sosial.

Ruhainies dan Mr. E menjalinkan hubungan serius.

"Orang awam atau peminat pun hormat, kalau nampak saya di luar atau nak bergambar mereka akan crop gambar dia.

"Wartawan yang pernah jumpa dia pun tak pernah post atau masuk dalam surat khabar," ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada Mei lalu, Ruhainies memberitahu dia belum bersedia untuk berkongsi wajah mahupun nama sebenar kekasihnya itu.

Ruhainies bimbang kehidupan sebagai seorang selebriti yang sering menjadi perhatian ramai akan membuatkan kekasihnya itu berasa tidak selesa.

Ruhainies, Elf Johan

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain