suria

Penangan Pujaan Hati Kanda, Mira Filzah raih pencalonan terbanyak, peminat kecewa Ayda Jebat gagal tersenarai ABPBH32

Peminat kecewa Ayda gagal tersenarai pada ABPBH32.

PELAKON Mira Filzah membuktikan popularitinya apabila tercalon dalam tujuh kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32).

Mira merupakan calon Top 5 dalam kategori Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat fokus nyanyian, hanya ambil satu tawaran berlakon drama

ARTIKEL BERKAITAN: “Patut belajar lebih banyak bahasa isyarat” - Mira Filzah ditegur lakonan sebagai orang bisu tak menjadi

Penangan gandingannya bersama Remy Ishak dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda membawa tuah apabila mereka tercalon dalam dua kategori Gandingan Serasi Drama Popular.

Filem yang dilakonkan oleh mereka berdua iaitu Rise Ini Kalilah turut melayakkan mereka tercalon dalam Gandingan Serasi Filem Popular.

Mira Filzah dan Remy Ishak digandingkan bersama menerusi drama Pujaan Hati Kanda.

Layak meloloskan diri dalam tujuh kategori pencalonan tersebut merupakan hasil usaha peminat yang mengundi dalam pencalonan awal yang diadakan baru-baru ini.

Populariti Mira itu turut disokong apabila drama lakonannya bersama Ben Amir berjudul Sweet Dreams sedang bersiaran di Astro Ria.

Menerusi laman Twitter, rata-rata peminat bersetuju dengan senarai Top 5 yang diumumkan tersebut dan mengakui Mira sememangnya layak berada dalam barisan pencalonan.

"Ya Allah bersyukur sangat Mira dapat top 5 untuk semua kategori yang dicalonkan. Tahniah kepada semua yang mengundi, jom kita pulun sampai menang.

" Wow hebatnya peminat Mira Filzah. Semua Top 5 yang tercalon tu. Fuhhh... hebat!

"Kalau dah sampai enam, tujuh pencalonan Top 5 ni aku rasa memang ABPBH kali ni bagi Mira Filzah je lah. Ambil!," komen netizen.

Siti Nordiana bersaing rapat dengan Mira Filzah.

Sementara itu, penyanyi Siti Nordiana bersaing rapat dengan Mira Filzah apabila dia tercalon dalam enam kategori.

Siti Nordiana tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi Popular bersama Aliff Satar dan Lagu Paling Boom.

Edisi kali ini turut mengejutkan peminat apabila nama Ayda Jebat tiada dalam mana-mana kategori pencalonan Top 5.

Ia menyebabkan peminat berasa kecewa dan seakan tidak percaya apabila penyanyi lagu Temberang ini tidak 'sangkut' walaupun dalam satu kategori.

"Tak apalah Ayda dan semua, Insya-Allah ada rezeki lain lepas ni. Mungkin bukan rezeki kali ini.

"Sedihlah AJ tak tercalon Top 5, tak pernah lagi dia ketinggalan, sedih sangat macam tak adil," tulis pengikut di Instagram kelab peminat AJScreamer.

Nama Ayda Jebat tiada dalam mana-mana kategori pencalonan Top 5.

Bersesuaian dengan tema Melangkaui Sempadan, malam kemuncak ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, pukul 9 malam.

SENARAI TOP 5 ABPBH 32 - KATEGORI UTAMA

Artis Baharu Lelaki Popular:

Afieq Shazwan

Adam Lee

Iswan Ismail

Raja Atiq

Ryan Deedat


Artis Baharu Wanita Popular:

Aina Abdul

Amelia Henderson

Haneesya Hanee

Masya Masyitah

Sarah Suhairi


Pelakon Filem Lelaki Popular:

Fattah Amin

Remy Ishak

Syafiq Kyle

Zizan Razak

Zul Ariffin


Pelakon Filem Wanita Popular:

Delimawati

Erra Fazira

Hannah Delisha

Mira Filzah

Uqasha Senrose


Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa:

Fattah Amin

Fendy Bakry

Izzue Islam

Remy Ishak

Syafiq Kyle


Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa:

Azar Azmi

Janna Nick

Mira Filzah

Siti Nordiana

Zahirah Macwilson


Penyanyi Lelaki Popular DuitNow:

Faizal Tahir

Haqiem Rusli

Khai Bahar

Sufian Suhaimi

Syafiq Farhain


Penyanyi Wanita Popular DuitNow:

Aishah

Ara Johari

Siti Nordiana

Stacy

Wany Hasrita


Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular:

Alif Satar & Siti Nordiana

Dayang Nurfaizah & Hael Husaini

Floor 88 & Baby Shima

Insomniacks

Khai Bahar & Fatin Husna


Artis Komedi Popular:

Jihan Muse

Jep

Mark Adam

Sherry Alhadad

Zizan Razak


Artis Versatil Popular:

Alif Satar

Janna Nick

Mira Filzah

Siti Nordiana

Zizan Razak


Pengacara TV Popular:

Alif Satar

Alvin Chong

Janna Nick

Mira Filzah

Siti Nordiana


Penyampai Radio Popular:

DJ Lin

Haziq

Johan

Muaz

Radin


Artis Indonesia Popular:

Afgan

Bunga Citra Lestari

Cakra Khan

Judika

Laudya Cynthia Bella


Artis Korea Popular:

Blackpink

BTS

EXO

G Dragon

GOT7


KATEGORI ONLINE

Artis Sensasi Popular:

Bella Dally

Elfira Loy

Haqiem Rusli

Nazim Othman

Zul Ariffin


Gandingan Serasi Drama Popular:

Fikry Ibrahim & Farah Nabilah (Cik Reen Encik Ngok Ngek)

Remy Ishak & Mira Filzah (Lelaki Kiriman Tuhan)

Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur)

Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)

Syafiq Kyle & Zahirah Macwilson (Tak Ada Cinta Sepertimu)


Gandingan Serasi Filem Popular:

Fattah Amin & Syamsul Yusof (KL Special Force)

Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)

Zizan Razak & Shaheizy Sam (Polis Evo 2)

Hairul Azreen & Ammar Alfian (Paskal)

Remy Ishak & Mira Filzah (Rise Ini Kalilah)


Pelakon Watak Antagonis Popular:

Azar Azmi

Azhan Rani

Reen Rahim

Shukri Yahaya

Syazwan Zulkifli


Lagu Paling Boom:

Andi Bernadee (Satu Peluang)

Haqiem Rusli (Selamat Tinggal Sayang)

Sufian Suhaimi (Di Matamu)

Khai Bahar & Fatin Husna (Rahsia Kita)

Siti Nordiana (Hatiku Milikmu)

ABPBH32, Mira Filzah, Ayda Jebat

Artikel Lain