suria

“Patut belajar lebih banyak bahasa isyarat” - Mira Filzah ditegur lakonan sebagai orang bisu tak menjadi

Mira Filzah perjelaskan mengenai watak lakonannya dalam drama Sweet Dreams. Foto Instagram @mfmirafilzah

LAKONAN Mira Filzah sebagai gadis kelainan upaya (OKU) yang mengalami masalah petuturan dan pendengaran (pekak dan bisu) dalam drama Sweet Dreams menerima kritikan penonton.

Ada yang berpendapat Mira sepatutnya mempelajari lebih banyak bahasa isyarat supaya watak Putri yang dilakonkan olehnya kelihatan lebih realistik seperti dilakukan oleh pelakon Sheila Rusly dalam drama Pia (TV3).

Menjawab persoalan tersebut, Mira memaklumkan pihak produksi menyediakan guru untuk melatih dan mengajarnya menggunakan bahasa isyarat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Imej bertudung hadkan pemilihan watak” - Mira Filzah teringin cuba babak aksi

Bagaimanapun menerusi drama tersebut, penggunaan bahasa isyarat sengaja dihadkan kerana watak lain tidak mahir menggunakan teknik komunikasi itu.

Mira menjelaskan mengenai wataknya dalam satu komen yang ditinggalkan pengikut di Instagram.

"Nak jelaskan di sini, (watak) ibu, Cempaka dan semua orang sekeliling Putri macam Qash dan lain-lain tak tahu bahasa isyarat. Jadi Putri banyak guna telefon untuk berkomunikasi.

"Putri akan guna betul-betul bahasa isyarat bila berkomunikasi dengan Karl dan Farah sahaja.

"Bisu ni ada banyak jenis juga... ada yang mute and deaf (bisu dan pekak). Ada yang guna bahasa isyarat sampai dengar anak-anak suara sikit, ada yang memang tak keluar suara langsung. Kita ada cikgu bahasa isyarat dekat set untuk ajar," katanya menerusi Instagram pada Khamis.

Peminat memuji keserasian lakonan Mira dan Ben Amir.

Sebelum itu, seorang pengikut meninggalkan komen meminta Mira mempelajari lebih banyak lagi bahasa isyarat.

Malah, ada yang memberi cadangan supaya Mira memperkemaskan lagi pergerakan tangan semasa menggunakan bahasa isyarat.

"Mira patut belajar lebih banyak cara guna bahasa isyarat macam lakonan Sheila Rusly dalam drama Pia. Apa pun, saya masih suka lakonan awak dan drama ini pun menarik.

Mira lebih banyak berkomunikasi menggunakan telefon bimbit kerana penggunaan bahasa isyarat terhad dengan orang sekeliling.

"Pergerakan kena lebih sharp supaya nampak pergerakan bahasa isyarat itu. Ini hanya pendapat saya dan bukan kecaman tau!," komen pengikut di salah satu video promo yang dikongsi Mira.

Selain Mira Filzah, drama ini turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Sweet Dreams arahan Michael Ang ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Mira Filzah, Ben Amir, Sweet Dreams

Artikel Lain