suria

Takut mendatangkan bahaya dan akidah terpesong, Nam Ron karang sendiri jampi mantera puja roh pontianak

Nam Ron mengarang sendiri jampi serapah dan mantera dalam filem Dendam Pontianak. Foto: SHAARI CHEMAT

PELAKON Nam Ron memberitahu dia terpaksa mengarang sendiri mantera dan jampi serapah dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Dendam Pontianak.

Menurut Nam Ron, 50, dia enggan menggunakan mantera sebenar kerana bimbang lafaznya itu akan mendatangkan bahaya dan memesongkan akidah.

"Saya kena karang sendiri mantera menggunakan ayat dalam bahasa Melayu yang betul dan sampaikan dengan cara tersendiri sehingga orang tak faham apa yang saya sebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nam Rom tak percaya aktor jalin hubungan songsang, “Pelakon lelaki ni budaknya baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Nam Ron label netizen seperti 'ikan belukang makan najis', geram dikecam selepas pertahan aktor didakwa songsang

"Dalam filem ini, jampi dan mantera tidak disediakan dalam skrip dan bagi memastikan ia nampak real, saya reka mantera sendiri supaya lebih mudah disampaikan.

"Saya boleh saja buka kitab lama tapi saya tak nak sebab boleh mendatangkan bahaya dan nanti orang kata terpesong pula," katanya kepada mStar.

Pelakon filem Dendam Pontianak bercerita mengenai peranan watak masing-masing.

Nam Ron ditemui semasa sidang media filem Dendam Pontianak yang diadakan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Dalam filem tersebut, Nam Ron membawakan watak seorang bomoh yang mengamalkan ilmu hitam bagi tujuan menyeru roh pontianak.

Untuk elakkan benda-benda yang tak elok terjadi saya amalkan berzikir. Amalan berzikir dapat memberikan perlindungan dan kekuatan dalaman kita.

NAM RON

Pelakon

Mengakui bukan mudah melakonkan watak tersebut, Nam Ron berkata dia sudah bersedia dengan pendinding diri bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Antara yang dilakukan ialah dengan mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran dan sentiasa berzikir.

Barisan pelakon filem Dendam Pontianak.

"Bawa watak bomoh ini bukan benda baru bagi saya, namun untuk filem ini agak mencabar kerana saya perlu memastikan ia berbeza dengan watak sebelum ini.

"Untuk elakkan benda-benda yang tak elok terjadi saya amalkan berzikir. Amalan berzikir dapat memberikan perlindungan dan kekuatan dalaman kita. Hari-hari biasa pun saya amalkan zikir," ujarnya.

Selain Nam Ron, filem ini turut dibintangi oleh Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nadia Aqilah, Wan Hanafi Su dan Nadiah M.Din.

Dendam Pontianak akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 12 September ini.

Filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap ini turut ditayangkan di pawagam di Singapura pada 29 Ogos ini.

Nam Ron, Dendam Pontianak

Artikel Lain