suria

Kereta Afieq Shazwan remuk, terbabit kemalangan ketika pulang dari Pulau Pinang

Afieq terlibat kemalangan namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

HUJAN lebat dan keadaan jalan yang licin menyebabkan kenderaan dipandu penyanyi Afieq Shazwan terlibat dalam satu kemalangan pada malam Khamis.

Menurut Afieq, 21, kejadian berlaku ketika dia bersama adik dan anak saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka yang terletak di Klang, Selangor selepas menjalani penggambaran di Pulau Pinang.

"Kemalangan berlaku di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada pukul 8.30 malam, ketika itu jalan licin selepas hujan dan saya tak dapat kawal kenderaan dipandu sehingga terlanggar kereta hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahniah... moga kekal ke jenjang pelamin, akhir hayat” - Afieq Shazwan ‘cuak’

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor terkejut Afieq Shazwan menangis akibat ketumbuhan

"Kami dalam perjalanan pulang ke rumah dari Pulau Pinang selepas menjalani penggambaran travelogue," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Darjat ini meluahkan rasa syukur kerana tiada sebarang kecederaan berlaku dalam insiden tersebut.

Afieq terbabit kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Klang, Selangor.

Bagaimanapun, kereta Proton Saga berwarna merah yang dinaiki oleh mereka itu mengalami kerosakan dan remuk di bahagian hadapan.

"Alhamdulillah... syukur sangat-sangat adik dan anak buah saya dalam keadaan baik tiada sebarang kecederaan.

"Cumanya kereta yang kami naiki mengalami sedikit kerosakan di bahagian depan, tak apa lah itu boleh dibaiki nanti.

"Sejujurnya saya masih terkejut dengan apa berlaku kerana ini kali pertama saya berdepan dengan kemalangan jalan raya," ujarnya.

Afieq Shazwan

Artikel Lain