Alif Satar ditanya tentang seluar dalam, ramai jawab lebih selesa 'go commando'

Alif Satar kongsi pertanyaan salah seorang pengikut di laman Instagramnya.

PERKONGSIAN penyanyi Alif Satar mengenai mesej pertanyaan seorang individu berhubung sama ada peminat sukan berbasikal sepertinya memakai seluar dalam atau tidak ketika mengayuh basikal menjadi bahan gurauan netizen.

Tanpa berkongsi jawapannya terhadap pertanyaan itu, Alif bagaimanapun meminta pandangan peminat sukan berkenaan agar membantunya menyelesaikan kebuntuan tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah doa termakbul” - Alif Satar bakal timang anak lelaki

Alif terima soalan lucu daripada pengikutnya di Instagram.

"Assalamualaikum bro, nak tanya sikit boleh? Sorry, soalan saya sangat janggal. Adakah pengayuh basikal memakai seluar dalam ketika berbasikal?

"Kerana ada pengayuh profesional di Youtube memberitahu lebih baik tidak memakai seluar dalam," demikian bunyi soalan berkenaan seperti yang dikongsikan Alif.

Ternyata perkongsian Alif itu menarik perhatian pengikutnya yang termasuk rakan-rakan artis lain yang turut mempunyai hobi berbasikal.

Antara reaksi rakan artis yang turut mempunyai hobi berbasikal.

Rata-rata memberi pandangan bahawa mereka lebih selesa menjadi seperti 'komando' dengan menggunakan tanda pagar #gengcommando.

Berpakaian seperti komando membawa maksud tidak mengenakan pakaian dalam.

Menerusi jawapan balas kepada komen-komen pengikutnya, Alif secara tidak langsung memberi jawapan bahawa dia juga lebih selesa untuk tidak memakai seluar dalam ketika berbasikal.

Pada satu komen yang menulis "tak pakai", Alif membalas dengan jawapan "geng!"

Antara rakan artis yang memberi reaksi terhadap status itu ialah Hairul Azreen, Ammar Alfian, Azhar Sulaiman, Farish Aziz dan Jinggo.

Alif Satar

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain