suria

“First time pandang Kaabah, Tuhan je tahu rasanya” Wany Hasrita menangis, tak percaya lihat Kaabah depan mata

Wany teruja menunaikan ibadah haji buat pertama kali. Instagram @wanyhasrita

PENYANYI Wany Hasrita menganggap pengalaman pertama menunaikan ibadah haji merupakan salah satu momen paling menakjubkan dalam hidupnya.

Menurut Wany, 27, dia mengalami satu perasaan yang sukar digambarkan apabila melihat Kaabah berada di hadapannya sehingga menitiskan air mata.

"Alhamdulillah, selesai sudah ibadah haji saya disini. My hajj journey was so amazing. Dari sampai je di sini dengan menjaga dalam ihram, berwukuf di Arafah... Alhamdulillah, beberapa ketika hujan selebat-lebatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuahnya mereka dapat jadi tetamu Allah... Ketahui 12 selebriti popular dapat tunai haji tahun ini

"Terus ke Muzdalifah mengutip batu untuk jamrah. Kemudian selepas setengah malam kami ke Masjidil Haram untuk tawaf dan saie (masa kami sampai orang tak ramai sangat).

Perkongsian Wany di Instagram.

"First time pandang Kaabah, Tuhan je tahu rasanya (nangis macam budak kecik). Sepanjang tawaf mata tak berkelip pandang Kaabah tak percaya depan mata. Habis saie, baru lega! Dah boleh tahalul! Terus ke Mina untuk bermalam selama tiga hari. Alhamdulillah urusan jamrah pun Allah permudahkan sampailah tawaf selamat tinggal tadi," katanya.

Wany berkongsi pengalaman istimewa menunaikan ibadah haji menerusi laman Instagram pada Rabu.

Penyanyi lagu Menahan Rindu mengerjakan rukun Islam kelima itu atas tiket jemputan daripada kerajaan Arab Saudi.

Wany ditemani rakannya yang juga penyanyi Amira Othman dan dijangka kembali ke tanah air pada Jumaat ini.

Wany dan Amira Othman.

Sementara itu, Wany memberitahu dia sudah membacakan doa-doa yang dikirimkan peminat dari Malaysia.

Dalam kesempatan sama, dia turut mendoakan supaya mereka juga berpeluang menjadi tetamu Allah pada masa akan datang.

"Doa-doa anda mana yang sempat Wany dah bacakan disini, terima kasih banyak-banyak yang mendoakan Wany. Wany doakan awak semua dapat ke sini dengan keluarga tersayang InsyaAllah," ujarnya.

Wany merupakan antara selebriti popular tanah air yang kini berada di Makkah bagi menunaikan ibadah haji.

Wany Hasrita, Haji

Artikel Lain