“Kenyataan Vida seperti saya tak kenang jasa dan kurang ajar!” - Amaris dituduh terhegeh-hegeh untuk berbaik - Hiburan | mStar

“Kenyataan Vida seperti saya tak kenang jasa dan kurang ajar!” - Amaris dituduh terhegeh-hegeh untuk berbaik

Amaris menyangkal dakwaan Vida kononnya mereka tidak bertegur sapa ketika bertemu dalam satu acara baru-baru ini.

PELAKON Putra Amaris terkejut apabila usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengeluarkan kenyataan mereka tidak bertegur ketika bertemu dalam satu acara jualan raya, baru-baru ini.

Amaris atau nama sebenar Muhammad Amran Ismail, 33, berkata dia ada menyapa bekas majikannya itu dan tidak pernah bermasam muka dengan jutawan tersebut.

"Ya, kami ada terserempak dalam satu program dan bertegur seperti biasa, tak ada bermasam muka pun! cuma saya pelik kenapa dia cakap kami tak bertegur.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan buat tuduhan jahat, berhenti kerja dahulu sebab urus bisnes keluarga” - Amaris kembali 'himpit' Vida

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia bukan lagi staf saya”- Vida nafi Amaris kembali bekerja dengannya, berbaik semula jauh sekali

"Rasanya tak perlu dia keluar kenyataan begitu kerana ia hanya akan memburukkan nama saya, seolah-olah saya tak kenang jasa dan bersikap kurang ajar.

Amaris enggan bermusuh dengan Vida.

"Saya sebolehnya tak nak bermusuh dengan sesiapa dan mahu berkawan dengan semua orang tapi kalau dia cakap macam itu, terpulanglah!," katanya.

Pada Rabu lalu, Amaris dilaporkan kembali menjalinkan hubungan dan bekerja semula dengan jutawan kosmetik berasal dari Kelantan itu.

Nampak macam saya pula terhegeh-hegeh nak kerja dan berbaik dengan dia lagi!

PUTRA AMARIS

Pelakon

Vida bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dan memberitahu mereka tiada sebarang urusan dan tidak mungkin akan berbaik semula.

Menjelaskan konflik yang berlaku, Amaris berkata perkongsiannya sebelum ini adalah kisah lama dan dia kini sibuk menguruskan perniagaan sendiri.

Amaris kini sibuk mengusahakan perniagaan kuih tat.

"Bila masa pula saya kerja dengan dia semula, saya dah ada bisnes sendiri buat apa nak kerja dengan dia. Nampak macam saya pula terhegeh-hegeh nak kerja dan berbaik dengan dia lagi.

"Saya cuma tak menolak mungkin satu hari nanti kita akan ada urusan membabitkan bisnes... itu sahaja!," katanya yang kini sibuk menguruskan perniagaan kuih tat diberi nama Amaris My Tart.

Datuk Seri Vida , Putra Amaris

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Model buta sebelah kerana tatu mata

Tommy Thomas letak jawatan Peguam Negara