“Kamu menyesal, merayu tarik balik 'report' tapi... jenis tak boleh buat baik!” - Raja Yunika berang dituduh fitnah Aliff Aziz - Hiburan | mStar

“Kamu menyesal, merayu tarik balik 'report' tapi... jenis tak boleh buat baik!” - Raja Yunika berang dituduh fitnah Aliff Aziz

Yunika mencabar Aliff Aziz memfailkan saman fitnah kepada dirinya.

PELAKON Indonesia Raja Yunika berang dengan tindakan Aliff Aziz yang menafikan dakwaan telah mencuri sejumlah wang miliknya pada sebuah pertemuan awal bulan lalu.

Raja Yunika turut mencabar penyanyi kelahiran Singapura itu memfailkan saman terhadap dirinya jika dakwaan itu hanyalah fitnah dan berniat jahat

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa artis AA kaki curi? Pelakon Indonesia pula dakwa jadi mangsa songlap duit

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz abadi nama Bella di dada, katanya cacah guna inai hitam... bukan dakwat tatu

"Berani kerana benar dan takut kerana salah! Kalau memang kamu berasa benar, kenapa harus sekat saya?

"Kesabaran saya sudah habis! Ayuh saman saya balik. Jangan berani hanya dengan perempuanlah bro... kamu boleh buat orang bergaduh tau!

"Sekarang baru saya tahu kamu bukan lelaki sejati. Kamu hanya berani bersembunyi di sebalik ketiak mereka yang bersembunyi di balik kata-kata!" tulisnya.

Antara kenyataan yang dimuat naik Yunika di Insta story.

Yunika memuat naik beberapa posting gara-gara tidak berpuas hati dengan kenyataan Aliff Aziz yang mendakwa segala tuduhan kehilangan sejumlah wang tunai sebelum ini adalah fitnah.

Dalam pada itu, Yunika berkata dia turut menyesal pernah membantu Aliff dan menyifatkan penyanyi itu seperti melepaskan anjing sedang tersepit.

Mungkin kamu suka tengok orang lain bergaduh sebab perangai macam pondan. Kebenaran akan terungkap dan permainan kamu bakal berakhir!

RAJA YUNIKA PUTRI

Pelakon Indonesia

"Sejujurnya, saya menyesal kerana pernah kasihankan kamu. Ternyata kekesalan yang diucap sebelum ini semuanya sekadar lakonan.

"Kamu acah-acah seperti mahu insaf dan merayu tarik balik report... Kemudian lepas kamu fikir masalah sudah selesai, kamu akan gigit balik orang yang sudah tolong kamu! Orang jenis kamu ni tak boleh buat baik.

"Lebih baik kamu diam dari terus menyakiti hati mangsa-mangsa kamu dengan kenyataan yang membuatkan orang lain berbalah. Mungkin kamu suka tengok orang lain bergaduh sebab perangai macam pondan. Kebenaran akan terungkai dan permainan kamu bakal berakhir!" ujarnya.

Pada awal Jun lalu, Raja Yunika yang juga merupakan ahli politik di Indonesia mendedahkan sejumlah wang miliknya dicuri Aliff ketika berada di sebuah restoran Jepun di Singapura.

Ekoran itu, pelakon berkenaan membuat laporan polis di Singapura pada 7 Jun lalu.

Raja Yunika Putri , Aliff Aziz

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain