“Alhamdulillah, syukur saya dan bayi dalam keadaan baik” - Hanez Suraya selamat lahir bayi perempuan

Hanez bersyukur selamat melahirkan bayi keduanya pada Jumaat.

PELAKON Hanez Suraya meluahkan rasa syukur apabila selamat melahirkan bayi perempuan keduanya secara normal di sebuah pusat perubatan pada pukul 9.11 pagi, Jumaat.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 34, berkata dia dan bayinya kini dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil ‘baby girl’ kedua, Hanez Suraya obses dengan Kpop!

"Alhamdulillah syukur... Saya selamat melahirkan anak perempuan kedua seberat 3.55 kilogram pada pukul 9.11 pagi tadi (Jumaat).

Hanez bersama keluarganya.

"Keadaan saya dan bayi baik-baik sahaja. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya sekeluarga," kata Hanez kepada mStar.

Hanez sebelum ini menerusi laporan mStar pada 1 Mei lalu mengakui dirinya terlalu obses dengan drama-drama dari Korea Selatan dan muzik Kpop sejak hamil anak kedua.

Menurutnya, dia sering menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program-program hiburan terbitan negara tersebut.

Hanez berkahwin dengan ahli perniagaan bernama Romie Razin Abd Rais pada 25 Mac 2015 dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Puteri Aleesya yang kini berusia empat tahun.

Hanez Suraya

Artikel Lain