suria

Badan makin berisi, muka berjambang dan bermisai... Shah Iskandar tak kisah hilang 'body ala model'

Shah Iskandar terpaksa menaikkan berat badan atas tuntutan kerjaya. FOTO: Shaari Che Mat.

PELAKON Shah Iskandar terpaksa mengorbankan bentuk badannya yang ideal persis seorang model bagi menjayakan watak dalam filem terbaharu lakonannya.

Kata Shah, 36, dia terpaksa menaikkan berat badannya sebagai menjayakan karakter menerusi filem Showtime 1958.

"Kalau nampak badan saya naik mendadak ketika ini, ia bukan disebabkan saya makan banyak waktu raya.

"Tapi disebabkan pengarah yang meminta saya untuk naikkan berat badan kerana watak yang bakal saya bawakan adalah seorang legenda iaitu sebagai Datuk Jamil Sulong.

"Jadi terpaksa korbankan model body cut saya sebelum ni untuk gemukkan badan, bela misai dan berjambang," katanya kepada mStar.

Shah Iskandar bergandingan bersama Fatin Afifah.

Shah ditemui sewaktu Majlis Pelancaran filem Showtime 1958 dan majlis rumah terbuka di Panggung Seni Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose Minta Maaf Isu Pegang Tangan Shah Iskandar

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Iskandar Latih Isteri Jadi Pengurus

Bercerita lanjut Shah berkata, dia yang selama ini seorang yang sangat menitikberatkan soal bentuk badan harus bersikap profesional dengan menganggap ia cabaran buat pelakon baharu menjiwai watak seorang legenda.

"Sejujurnya saya seorang yang sangat menjaga bentuk badan dan penampilan. Tapi apa nak buat, saya anggap ia cabaran yang perlu dilalui setiap artis yang akan berlakon filem.

"Mujurlah untuk naikkan berat badan tak susah. Lebih-lebih lagi tengah raya jadi saya makan sahaja ikut suka.

Penampilan terkini Shah Iskandar yang kelihatan sedikit berisi.

"Paling penting, saya seronok makan di majlis-majlis rumah terbuka," katanya.

Showtime 1958 merupakan sebuah filem yang memaparkan mengenai kisah perit anak-anak seni berdepan titik tolak kemerosotan sekitar 1950-an apabila tertutupnya Studio Jalan Ampas selepas lebih 20 tahun beroperasi.

Ia diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang dikongsi oleh seniman Allahyarham Datuk Jamil Sulong, sebuah karya tulisan Anwardi Jamil yang turut menggalas tanggungwab sebagai pengarah filem ini.

Ia bakal menampilkan beberapa barisan pelakon termasuk Fatin Afifah, Bell Ngasri, dan Shah Iskandar.


Artikel Lain