“Pakai handbag, kereta mewah tapi hasil duit haram!” - Erma Fatima 'mencelah' kisah Umie Aida dikhianati sahabat - Hiburan | mStar

“Pakai handbag, kereta mewah tapi hasil duit haram!” - Erma Fatima 'mencelah' kisah Umie Aida dikhianati sahabat

Erma seakan memberi gambaran mengenai apa yang terjadi kepada adiknya, Umie Aida. Foto: Nona.

KONTROVERSI berkaitan luahan hati pelakon Datin Seri Umie Aida mengenai dirinya dikhianati sahabat baik makin berpanjangan apabila kakaknya Erma Fatima turut menyuarakan pandangan mengenai isu berkenaan.

Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 51, kesenangan yang dimiliki hasil kesengsaraan sahabat baik sendiri adalah tidak berkat.

Erma meninggalkan komen di ruang foto terbaru Umie.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mohon maaf Umie...” - Erra Fazira mengaku buat salah kali ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: “Kepercayaan musnah, aku dah penat jadi bodoh” - Umie Aida! Erra pula minta netizen henti berbalah

"Satu pengajaran untuk semua juga. Kalau nak rasa hidup senang, afdalnya cari dari hasil titik peluh.

"Baru berkat. Buat apa pakai beg tangan berjenama, pakai kereta mewah, bagi makan anak dan bagi belanja mak dari hasil duit haram.

"Jadi darah daging nanti susah hidup tak dapat berkat dan rahmat," kata Erma.

Satu pengajaran untuk semua juga. Kalau nak rasa hidup senang, afdalnya cari dari hasil titik peluh.

ERMA FATIMA

PELAKON DAN PENGARAH

Umie sebelum ini memuat naik luahan tersebut tanpa menyebut nama individu yang didakwa melukai hatinya apabila memilih kemewahan berbanding persahabatan antara mereka.

Susulan itu netizen membuat andaian bahawa individu yang dimaksudkan Umie itu adalah pelakon Erra Fazira selepas mendapati kedua-dua sahabat baik itu berhenti mengikuti Instagram masing-masing.

Netizen membuat spekulasi status luahan Umie itu ditujukan kepada Erra.

Kata Umie, 46, dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu namun beranggapan dirinya mempunyai hak untuk meluahkan rasa kecewa.

Bagaimanapun, status luahan itu telah dipadam selepas bebeberapa jam dimuat naik.

Dalam pada itu, Erma dalam kenyataan yang sama turut mendakwa individu tersebut sudah terbiasa hidup dalam kesenangan atas kesengsaraan sahabat sendiri.

"Untuk apa kesenangan dari kesengsaraan sahabat sendiri kan. Opsss... lupa, orang kalau dah biasa hidup macam tu dari dulu macam mana nak berubah. Payah," ujarnya.

Erma Faima , Umie Aida , Erra Fazira

Artikel Lain