suria

“Enam bulan ruang kami perbaiki hubungan” - Azira Shafinaz beri peluang kedua kepada kekasih

Azira sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta bersama Yasser selama enam tahun.

PELAKON dan penyanyi Azira Shafinaz mendedahkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan iaitu Yasser Khan kembali bertaut selepas enam bulan berpisah.

Azira, 28, berkata, dia nekad untuk meneruskan hubungan itu yang pernah terjalin selama enam tahun itu selepas bersepakat untuk bermuhasabah dan mencari semula persefahaman di antara mereka.

"Sudah enam tahun menjalin cinta, dalam setiap perhubungan pasti akan ada masalah masing-masing. Saya anggap putus enam bulan sebelum ini sebagai tempoh berehat untuk kami kerana waktu itu hampir setiap hari kami asyik bergaduh.

"Dalam tempoh itu adalah ruang untuk kami betul-betul fikir dan memperbaiki apa yang buruk.

"Malah, perpisahan ini sebenarnya menguatkan lagi cinta kami. Kami berdua sudah ada tahap persefahaman itu semula.

"Saya nampak dia memang bersungguh-sungguh mahuperbaiki keadaan dan memenangi hati saya semula," katanya kepada mStar.


Azira bersama kekasihnya, Yasser Khan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Azira Shafinaz dan Yasser Khan berakhir!

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia halang jalan dan tunjuk jari tengah"- Azira Shafinaz dedah jadi mangsa buli jalan raya

Ketika disoal mengenai punca dia menerima Yasser kembali dalam hidupnya, Azira berkata, sikap teman lelakinya yang matang dan boleh membimbing ke arah kebaikan antara faktor utama.

"Saya taknak cari lelaki yang setakat tengok luaran sahaja. Saya nak lelaki yang boleh membimbing saya ke arah yang baik. Dia pula seorang yang selalu mengingatkan saya tentang agama.

"Malah saya pernah beritahu parents saya nak kahwin dengan dia sebab saya tak pernah jumpa lelaki lain yang sayangkan saya seperti mana dia. Lagipun saya tak suka nak berkenalan dengan orang baharu.

"Sejujurnya saya ada banyak kawan lelaki tapi kalau nak dibandingkan dia dengan lelaki lain. Cara dia berfikir juga sangat matang. Hanya dia sahaja yang boleh mengubah saya ke arah kebaikan. Benda itu yang saya tak nampak ada pada orang lain," katanya.

Azira merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan DeFam.

Dalam pada itu, pelakon drama Pia ini memberitahu dia pernah membincangkan soal perkahwinan namun tidak secara serius kerana ingin fokus terhadap karier terlebih dahulu.

"Sekarang kami masih dalam proses berkawan. Kalau ada rezeki baru saya boleh cakap kami akan ke fasa seterusnya tetapi buat masa ini saya dan dia hanya berkawan baik.

"Mengenai berkahwin, kami ada bercakap mengenainya cuma belum ada apa-apa perancangan dalam masa terdekat. Saya juga ada beritahu dia untuk fokus dalam karier dimana ketika ini saya tengah struggle untuk naik.

"Kalau ada rezeki lebih nanti, kami akan bincang untuk fasa ke seterusnya," katanya.

Azira Shafinaz, Yasser Khan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain