Syafiq Farhain terkilan hasrat beraya dengan bapa tidak kesampaian - Hiburan | mStar

Syafiq Farhain terkilan hasrat beraya dengan bapa tidak kesampaian

Syafiq Farhain terkilan hajat sambut Syawal bersama Saleem tidak kesampaian.

PENYANYI Syafiq Farhain mendedahkan hasrat untuk untuk meraikan sambutan Syawal tahun ini bersama bapanya tidak kesampaian apabila penyanyi lagenda Saleem (Iklim) meninggal dunia pada 14 Oktober lalu.

Menurut Syafiq, 25, dia berasa terkilan apabila tidak dapat meluangkan masa yang banyak bersama arwah bapanya itu selepas 17 tahun mereka terpisah.

ARTIKEL BERKAITAN: “22 tahun yang lalu...” - Syafiq Farhain kongsi foto kenangan bersama arwah Saleem

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Farhain terasa kehilangan, masih ingat pesan Saleem

“Kiranya tahun ini kali pertama saya beraya tanpa ayah. Tetapi nak ikutkan sebelum ini kami sangat jarang menyambut hari raya bersama-sama.

“Kali terakhir kami sambut masa tu saya masih kecil lagi. Kenangan tu pun saya sudah tidak ingat.

“Selama ini saya beraya dengan mak dan adik-beradik yang lain sahaja. Sampailah kami besar kami beraya tanpa arwah. Jadi saya sudah terbiasa dengan keadaan dan suasana seperti itu,” katanya kepada mStar.


Syafiq mendedahkan sudah 17 tahun tidak menyambut Aidilfitri bersama bapa.

Selain itu, Syafiq mendedahkan tidak menyambut hari raya Aidilfitri bersama Saleem sejak arwah berpisah dengan ibunya kira-kira 17 tahun lalu.

“Ya lah, ibu saya dan arwah kiranya sudah lama berpisah. Sejak saya berumur 8 tahun lagi. Sejak dari itu sampai lah sekarang, saya tidak berkesempatan untuk beraya bersama arwah.

“Jadi bila sudah besar ni lah baru mula nak cari ayah saya semula. Tapi bila dah cari, dah jumpa, belum sempat nak bersembang banyak-banyak dan berkongsi cerita, arwah pergi meninggalkan kami.

“Raya tahun ini seperti raya-raya sebelum ini juga di mana saya balik ke kampung di Setiu, Terengganu kerana di sana masih ada mak dan adik-beradik saya yang lain,” katanya.

Penyanyi Suci Dalam Debu itu terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 September lalu.

Kemalangan itu mengakibatkan tulang rusuknya patah dan dia berada dalam keadaan koma.

Syafiq mahu fokus dalam karier dan belum memikirkan soal jodoh.

Dalam perkembangan lain, Syafiq berkata dia masih belum mempunyai teman wanita.

Katanya, dia mahu fokus dalam kerjaya dan akan memikirkan soal itu selepas berjaya memiliki rumah.

“Saya belum memikirkan soal pasangan lagi. Kita kena sabar dahulu. Lagipun sekarang ni saya nak fokus kepada karier saya terlebih dahulu.

“Beri ruang untuk saya bina kerja saya yang tak berapa nak berkembang pesat lagi. Insyallah lepas ada rumah baharu saya fikir fasal kahwin,” katanya.

Syafiq Farhain , Saleem , raya

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain