“Diana seorang yang sangat tabah, tiada pada wanita lain”- Lisa Surihani titip doa buat keluarga Farid Kamil - Hiburan | mStar

“Diana seorang yang sangat tabah, tiada pada wanita lain”- Lisa Surihani titip doa buat keluarga Farid Kamil

Lisa menyifatkan Datin Diana Danielle sebagai wanita yang sangat kuat.

PELAKON Lisa Surihani meluahkan rasa simpati terhadap ujian yang sedang dihadapi oleh pelakon Datuk Farid Kamil apabila dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan atas penyalahgunaan dadah. 

Lisa turut menyifatkan isteri kepada Farid iaitu Datin Diana Danielle sebagai wanita yang sangat tabah dan menganggap apa yang sedang keluarga itu dilalui bukan sesuatu yang mudah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Be strong sis…”- Farid Kamil dipenjara 9 bulan, peminat minta Diana Danielle tabah!

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil beraya dalam penjara

"Saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah. Mengenali Diana, dia seorang wanita yang sangat mengagumkan. Dia seorang yang sangat kuat malah dia telah membuktikannya.

"Saya tak dapat lihat kekuatan itu pada mana-mana wanita lain. Saya tidak memandang rendah kekuatan yang dimilikinya untuk berdepan masalah itu.

"Walaupun Diana okay, tetapi sebagai rakan akan bertanya khabar mengenainya. Seperti yang semua tahu saya dan Diana, kami sangat rapat dan kami berkawan baik," katanya kepada mStar ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Astro di Hotel Majistic, Kuala Lumpur.

Lisa mengakui sering bertanya khabar kepada Diana Danielle yang merupakan salah seorang rakan karibnya.

Tambah Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 33, hanya doa yang dapat dititipkan buat buat rakan karibnya itu agar terus kuat menghadapi dugaan.

"Doa saya sentiasa bersama Farid Kamil dan keluarga terutama sekali kepada Diana.

"Jika itu sahaja yang saya mampu buat untuk membantu, iaitu dengan berdoa, saya akan terus mendoakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.

"Antara saya dan Diana, ia lebih kepada hal peribadi... sebagai teman yang paling rapat, sudah tentu anda akan sentiasa bertanya khabar," katanya.

Dalam pada itu, aktres ini mendedahkan sudah lama tidak berhubung dengan Farid sejak lakonan menerusi Lagenda Budak Setan sebaliknya menjadi semakin rapat dengan Diana.

Farid Kamil kini sedang menjalani hukuman selama sembilan bulan di Penjara Kajang.

"Saya mengakui pernah bekerjasama dengan Farid sebelum ini tetapi saya dan Farid sudah hampir tujuh tahun kami tidak bersembang atau bertanya mengenai perkembangan masing-masing sejak kali terakhir kami bekerjasama.

"Sebaliknya saya menjadi lebih rapat dengan Diana. Bagaimana sifat dia sebelum ini dan sekarang, saya tak dapat nak ungkapkan.

"Berhubung isu Farid itu... saya tidak mahu komen kerana saya percaya banyak perkara yang saya tidak tahu hujung pangkalnya. Apapun, saya harap urusan mereka sekeluarga akan dipermudahkan, Insyallah," katanya.

Rabu lalu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor memerintahkan Farid Kamil Zahari menerima hukuman penjara sembilan bulan dan berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) Januari tahun lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes malampaui keraguan munasabah.

Farid kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang dan hukuman itu berkuat kuasa bermula tarikh sabitan.

Artikel Lain