suria

Mak Engku terkilan gagal habiskan watak dalam 'Curi-Curi Cinta'

DRAMATIS Ku Frida terkilan apabila tidak dapat menghabiskan lakonannya menerusi watak Mak Long Sapiah berikutan masalah kesihatan pada penggambaran Mac lalu.

Ku Fridah berkata, kekesalan itu bukan disebabkan duit tetapi disebabkan rasa kesal gagal menjalankan tanggungjawab tersebut sehingga selesai.

“Hanya tuhan yang tahu tentang rasa kesal kerana gagal habiskan watak tersebut, malah saya baru sahaja menghubungi pengarah drama ini meluahkan rasa terkilan saya.

“Ia langsung tiada kena mengena dengan duit, saya cuma rasa kesal tidak dapat memikul kepercayaan pengarah sehingga tamat drama ini. Tetapi saya percaya Laila Nasir akan memberi impak yang baik apabila menggantikan saya dalam drama tersbeut,” tambah Mak Engku ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah kesihatan, Mak Engku tarik diri episod 9 drama 'Curi-Curi Cinta'

Watak Mak Long Sapiah diganti oleh Laila Nasir

Pelakon tersebut menerusi satu video di laman sosial memberitahu watak itu akan digantikan kepada pelakon Laila Nasir bermula epsiod sembilan pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Ku Frida berkata, keadaan kesihatannya kini semakin pulih dan sudah kembali menjalani penggambaran untuk drama baharunya.

“Alhamdulillah saya sudah sedikit pulih daripada masalah kesihatan yang dihidapi sejak Mac lalu namun masih perlu menjalani rawatan susulan berkala.

“Tetapi ada pula yang ingat saya sedang sakit walauhal kejadian itu berlaku lebih sebulan lalu, malah saya bukan jatuh sakit di set pengambaran tetapi ketika berehat dirumah,” kata.

Ku Fridah pernah dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat terkena jangkitan kuma di paru-paru serta limpa Mac lalu.

mak engku, curi-curi cinta

Artikel Lain