suria

Sissy Imann dedah wajah bermasalah, guna ‘filter’ untuk nampak cantik

Sissy mengalami masalah kulit sejak menyambung pelajaran dalam Ijazah.

PENYANYI Sissy Imann mendedahkan dia kini mempunyai masalah kulit tidak rata, jerawat, bintik merah dan parut di wajahnya.

Menurut Sissy, 24, berasa sedih setiap kali menerima pertanyaan mengenai produk wajah yang dipakainya sedangkan ia menggunakan teknik suntingan setiap kali muat naik di laman sosial.

"Saya sering berasa sedih setiap kali soalan seperti 'Sissy pakai produk apa eh kulit sempurnanya'.

"Rasa macam, aduh jika hanya korang tahu yang semua post sebab Sissy pandai cari angle lighting elok dan berusaha letak filter supaya tak nampak," ujarnya.

Sissy berkongsi keadaan wajah yang tidak sempurna seperti yang dilihat peminatnya menerusi gambar-gambarnya sebelum ini sebelum ini.

Sissy kongsi foto terkini keadaan wajahnya.


Bagaimanapun, penyanyi lagu Pesanan Ayahanda ini menyedari biarpun kulitnya tidak bersih namun dia dikurniakan rambut yang sihat.

"Saya selalu tertanya-tanya mengapa sesetengah orang dikurniakan dengan kulit yang cantik dan kenapa saya tidak.

"Orang lain tak perlu cuba produk baru setiap saat dan kemudian membuat keputusan yang sesuai dengan kulit mereka.

"Tapi saya sedar, saya mungkin tidak mempunyai kulit cantik tetapi saya dikurniakan dengan rambut yang sihat," katanya.

Dalam pada itu, Sissy mengakui pendedahan yang dibuatnya itu mungkin akan menyebabkan dia kehilangan kerjasama produk atau penjanjian dibatalkan.

Sissy menyedari tidak semua orang dikurniakan wajah yang cantik namun diberikan kelebihan lain.

Bagi Sissy, semua orang adalah manusia biasa yang mempunyai kelebihan masing-masing dan perlu bersyukur dengan apa yang dimiliki.

"Saya mungkin kehilangan apa-apa kerjasama kempen atau perjanjian dibatalkan atau kehilangan perlibatan disebabkan perkara ini tapi tak kisah la.

"Maksud saya di sini adalah kita semua manusia biasa. Sesetengah orang dikurniakan kulit yang cantik, ada yang mempunyai rambut sihat, ada yang mempunyai suara yang merdu dan hebat dalam sukan.

"Ingat, apa yang anda ada sekarang boleh diambil dari anda suatu hari nanti,Bersyukurlah untuk apa yang anda ada," katanya.

Sissy Imann

Artikel Lain