suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rashidi sudah temui pengganti?

Rashidi enggan mengulas tentang hubungannya.

SEKEPING foto yang dimuat baik pelakon Rashidi Ishak bersama seorang wanita di laman sosial miliknya malam Sabtu menjadi persoalan netizen sama ada aktor itu sudah mempunyai pengganti.

Rashidi yang baharu sembilan bulan bercerai dengan pelakon Vanidah Imran itu menulis di ruangan komen wanita yang dikenali sebagai Mishael Lee itu dengan menggunakan tanda pagar seolah-olah patah hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi bukan punca perpisahan, Rashidi tidak tutup pintu hati untuk Vanidah Imran

ARTIKEL BERKAITAN: Rashidi alami kemurungan, ada sebab rahsiakan perceraian 7 bulan

#imhurtyoujustfriendzonedme (saya sakit anda ‘friendzone’ saya)” tulisnya.

Bagaimanapun, Rashidi memadam foto berkenaan selepas beberapa jam dimuat naik di laman instagramnya.

Pelakon filem BU yang dihubungi mStar enggan mengulas tentang hubungan itu.

“Saya tidak mahu komen apa-apa,ini bermakna awak tidak akan dengar apa-apa daripada saya,” ujarnya pada Ahad.

Wanita berkenaan menjelaskan hubungannya dengan Rashidi tidak lebih daripada kawan.

Sementara itu, wanita berkenaan turut memuat naik foto yang sama menjelaskan hubungannya dengan Rashidi hanya sekadar kawan.

“Kepada pengikut saya, anda patut tahu saya dan Rashidi tidak dating. Kami baharu sahaja berjumpa dan saya jelaskan bahawa kami hanya kawan,” ujarnya.

Rashidi bercerai dengan pelakon Vanidah Imran selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga pada 2002.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, yang berusia 15 tahun.

Artikel Lain