suria

Lana Nodin bimbang ada kebocoran lain di saluran injap jantung anak lelakinya

Lana kena sentiasa memantau keadaan anak lelakinya.

PELAKON Lana Nodin memberitahu terdapat kebocoran kecil di bahagian lain saluran injap jantung anak lelakinya William Daud Mckienzie atau nama panggilan Billy selepas jalani pembedahan Februari lalu.

Menurut Lana, 40, doktor menjelaskan tiada apa yang boleh dilakukan untuk memulihkan semula saluran tersebut memadangkan anaknya itu masih kecil.

"Alhamdulillah, Billy dah stabil dan tak perlu lagi jalani pembedahan tapi ada rawatan susulan. Cuma ada bocor sikit di bahagian lain.

"Saya risau juga dengan kebocoran tu. Macam mana nanti bila dia semakin besar tapi doktor kata memang tak boleh buat apa dan tak ada ubat pun.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat Memey Suhaiza nak bertemu Lana Nodin dan anak dimakbulkan


Billy tidak perlu menjalani pembedahan lagi.

"Apa-apa pun kena tunggu Billy besar sikit dan buat masa sekarang saya kena sentiasa pantau keadaan dia. Insya-Allah tak serius," kata Lana kepada mStar.

Lana ditemui ketika majlis aqiqah dan kesyukuran anak-anaknya di Club House 16 Quartz @ Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sebelum ini, Billy telah selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 14 Februari lalu.

Billy yang ketika itu berusia dua bulan menjalani prosedur ‘baloon valvuloplasty’ akibat masalah injap sempit (aortic stenosis) sejak dilahirkan.

Dalam pada itu, Lana bakal mengeluarkan koleksi baju melayu, kurta dan baju kurung kanak-kanak jenama GiaBilly sepanjang bulan Ramadan iaitu Mei depan.

Lana bakal keluarkan koleksi baju kanak-kanak jenama GiaBilly.

Menurut Lana, RM10 daripada harga setiap baju tersebut akan didermakan kepada pesakit kanak-kanak di Institut Jantung Negara.

"Alhamdulillah dah ramai yang bertanya dan ingin membeli koleksi baju-baju tersebut biarpun belum lagi dikeluarkan.

"Insya-Allah saya akan mula menjual baju-baju itu bermula bulan Ramadan ini menerusi laman Instagram saya.

"Harga bermula dari RM99 dan RM10 daripada pembelian setiap baju itu akan didermakan kepada pesakit di IJN. Ini antara insiatif saya sendiri," ujarnya.

Lana berkahwin dengan David Mckienzie atau nama Islamnya, Mohd. Daud Mckienzie pada 15 Mei 2015.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie yang kini berusia dua tahun dan William Daud Mckienzie.

Lana Nodin

Artikel Berkaitan

Artikel Lain