suria

“Bukan ibu, tapi ibu saudara yang meninggal dunia” - Sheera Iskandar

Sheera Iskandar nafi ibunya meninggal dunia

PELAKON Sheera Iskandar menafikan berita ibunya pelakon veteran Aznah Hamid meninggal dunia seperti yang tersebar di aplikasi WhatsApp.

Sebaliknya, Sheera menjelaskan bahawa ibu saudaranya iaitu Asmah Hamid yang meninggal dunia pada Sabtu.

"Bukan mama, yang meninggal ialah kakaknya iaitu Asmah Abdul Hamid.

Perkongsian Sheera di Instagram.

"Alhamdulillah mama masih sihat seperti biasa," kata Sheera kepada mStar.

Dalam pada itu Sheera turut berkongsi berita pemergian ibu saudaranya itu di laman Instagram pada malam Sabtu.

"Innalillahiwainailaihirojiun... Berita sedih Sheera baru terima, telah kembalinya Allahyarhamah Asmah Abdul Hamid kekanda mama saya iaitu Aznah Hamid ke rahmatullah sebentar tadi.

"Mohon sahabat Sheera semua di sini untuk doakan ibu saudara Sheera agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman," tulis Sheera.

sheera iskandar, aznah hamid

Artikel Lain